fbpx

5 Countries Tour (Europe)

(0)
from/per person RM6,999
  • Groups allowed
  • Tour guides

London

Tower Bridge, London

Garden of Europe, Keukenhof, Amsterdam

Windmills at Zaanse Schans, Amsterdam

The Atomium, Brussels, Belgium

Brussels, Belgium

Alps, Switzerland

Swiss town of Interlaken, Switzerland

Eiffel Tower, Paris

The Champs Ellysees, Paris


Description

Antara negara yang dilawati :

  • LONDON
  • FRANCE
  • AMSTERDAM
  • BELGIUM
  • SWITZERLAND

Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan Pergi Balik (Transit & Route – bergantung pada jenis penerbangan)
  • Penginapan (Hotel 3* atau setaraf)
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual (Breakfast and Dinner only)
  • Pengangkutan sepanjang perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

  • Tipping RM250 seorang (Wajib)
  • Bayaran masuk tempat lawatan (Pilihan)
  • Insurans Perjalanan
  • Semua yang tidak dinyatakan
  • Makan tengah hari
  • Perbelanjaan sendiri
  • Bayaran lebihan bagasi

Schedule

HARI 1 : KUALA LUMPUR (TRANSIT)

Bertolak dari KLIA ke London (Bergantung pada jenis penerbangan)

HARI 2 : LONDON (SP/MM)

Semasa ketibaan, anda akan bertemu pemandu pelancong anda di Lapangan Terbang London. Kita akan memulakan perjalanan kita dengan melawat Bandar Panorama di London. Permulaan pelancongan akan mengetengahkan London Eye, Big Ben, House of Parliament, Buckingham Palace, Tower Bridge, dan untuk menamatkan hari petang, membeli belah di Oxford Street. Kita kemudiannya akan tinggal di London Hotel. Makan malam dihidangkan semasa tiba di hotel

HARI 3 : LONDON - ANTWERP (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, bas kami akan mengambil anda untuk bergerak dari London ke Folestone atau Dover, untuk melintas ke Calais dengan menggunakan Eurotunnel LE Shuttle atau feri. Sesampainya di Calais (France) kita kena bergerak ke Antwerp, menyambung perjalanan kita ke hotel untuk daftar masuk. Makan malam akan disediakan sebaik sampai di hotel. (Info : Pemilihan shuttle atau feri bergantung kepada agen disana)

HARI 4 : ANTWERP - AMSTERDAM (SP/MM)

Jika melawat sewaktu musim bunga, inilah peluang anda untuk melawat Garden of Europe, Keukenhof. (April dan May sahaja). Pelbagai warna tulip boleh didapati disini. Kita akan menghabiskan beberapa jam disana sebelum berpindah ke lokasi kami seterusnya dimana anda boleh mencari mercu tanda terkenal Belanda iaitu kincir angin di Zaanse Schans. Seterusnya melihat demonstrasi pembuatan keju tradisional dan belajar tentang bagaimana kasut -the clog- dibuat dan melawat pelabuhan Volendam. Volendam merupakan sebuah perkampungan nelayan yang cukup terkenal dengan ciri-cirinya, rumah authentic dan anda boleh mengambil peluang untuk merasai makanan laut yang lazat dan membeli cenderamata di kedai-kedai berdekatan. Pada waktu petang, kita akan meneruskan perjalanan ke hotel dan makan malam akan diberikan disini. (Info : Keukenhof Tulip Season pada bulan April & minggu terakhir pada bulan May sahaja. Sekiranya pergi bukan pada musim tulip, kita akan tukar tempat lawatan ke Volendam dan Clog Cheese Factory)

HARI 5 : AMSTERDAM - BRUSSELS (SP/MM)

Bergerak ke Brussels, Belgium dan melawat tempat yang dikenali sebagai The Capital Europe. Kita akan melawat salah satu landmarks yang terkenal di ibukota Eropah iaitu The Atomium. The Atomium ialah pavilion utama dan merupakan ikon kepada The World FAir of Brussels (1958). Pastikan kamera atau telefon anda dicas sepenuhnya untuk merkaam detik-detik indah disini. Seterusnya kita akan melawat Mini Eropah yang terletak di kaki Atomium, taman dimana anda boleh menikmati miniature kota Eropah. Kemudian kita akan melawat bandar Brussels dimana kita akan ke Grand Palace dan berkesempatan untuk merasai coklat dan waffles Belgium. Anda boleh membeli coklat untuk dijadikan buah tangan disini. Bergerak ke hotel dan makan malam disediakan

HARI 6 : BRUSSELS - SWITZERLAND (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, kita akan bergerak ke Switzerland. Bungkusan makanan halal akan disajikan sesampainya di hotel berdekatan Sempadan Switzerland.

HARI 7 : SWITZERLAND (SP/MM)

Melihat keindahan gunung-ganang yang dikenali sebagai Alps. Kami akan membawa anda menaiki gunung menggunakan cable car dan diikuti dengan menaiki mountain train ke Gunung Titlis. Kemudian kita akan ke kota Swiss yang terkenal di Interlaken. Disini kita boleh membeli pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang. Bungkusan makanan halal disediakan sesampainya di hotel. (Nota : Kita akan melawat gunung Titlis dan Lucerne semasa musim bunga dan panas, untuk musim sejuk, jika bersalji di Murren, kita akan ke Murren dan Interlaken)

HARI 8 : SWITZERLAND - PARIS (SP/MM)

Bersarapan di hotel. Memandu terus ke Paris dan terus ke hotel. Makanan halal disediakan sesampainya di hotel.

HARI 9 : PARIS (SP/MM)

Melawat bandar Paris The City of Lights and Love. Pada waktu pagi, kita akan melawat menara Eiffels yang menjadi lambang kota Paris. Seterusnya, kita akan meneruskan lawatan ke Cathedral Notre Dame, yang mana disini anda akan temui banyak restoran makanan halal untuk anda makan tengahari. Setelah itu, anda akan dapat membeli belah di salah satu tempat membeli belah terkemuka didunia iaitu The Champs Ellysees. The Arch de Triumps juga terletak disini. Di penghujung hari, kita akan bergerak ke Paris International Airport dan mengucapakan selamat tinggal kepada perjalanan di Eropah

HARI 10 : PARIS AIRPORT

Tiba di KLIA (Transit bergantung pada jenis penerbangan)


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality