fbpx

Eastern Europe Tour

(0)
from/per person RM6,999
  • Audio guide
  • Groups allowed
  • Tour guides

FC Bayern MUNCHEN stadium

Munich

Republic Czech

Republic Czech

Austria

Austria

Hungary

Hungary

Germany

Germany


Description

Antara negara yang dikunjungi :

  • Poland
  • Republic Czech
  • Austria
  • Hungary
  • Germany

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket Penerbangan (Transit – Bergantung pada jenis penerbangan)
  • Half board : Breakfast & Dinner
  • Pengangkutan
  • Penginapan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tipping RM250 seorang (Wajib)
  • Insurans Perjalanan
  • Perbelanjaan Sendiri
  • Tiket Masuk Neuschwanstein & Hohenschwangau (Pilihan)
  • Kapal Siar Volvata River Cruise di Prague (Pilihan)
  • Kapal Siar Sungai Danube di Budapest (Pilihan)

Schedule

HARI 1 : KUALA LUMPUR (Transit bergantung pada jenis penerbangan)

Bertolak ke Munich

HARI 2 : MUNICH (SP/MM)

Tiba di Munich Airport. Bertolak ke pusat bandar dan menikmati lawatan sekitar munich-FC Bayern MUNICH Stadium, BMW Welt dan Marienplatz. Penginapan di hotel dan makan malam. Bermalam di Munich

HARI 3 : MUNICH - NEUSCHWANSTEIN & HOHENSCHWANGAU - SALZBURG (SP/MM)

Selepas bersarapan, bergerak ke kawasan Neuschwanstein & Hohenschwangau Castles. Dalam perjalanan akan ada photostop di German village yang indah. Sesampai di Bavarians Castles - akan ada waktu bebas untuk melihat kawasan ( bayaran masuk tidak termasuk dalam pakej). Pada waktu petang, bergerak ke Salzburg, Austria. Menginap dan makan malam di hotel Salzburg.

HARI 4 :  SALZBURG - HALLSTATT - VIENNA (SP/MM)

Selepas sarapan, melawat sekitar Salzburg dan aktiviti bebas di bandar Mozart - termasuk Mozart Square dalam masa 1 jam. 10.30 pagi bertolak ke Hallstatt - Kampung Alpine dengan pemandangan yang mengagumkan sehingga jam 3.30 petang. Menginap dan makan malam di hotel Vienna (Seafood-Dinner Boxes)

HARI 5 : VIENNA - BUDAPEST (SP/MM)

Selepas sarapan, berjalan sekitar Vienna. Aktiviti bebas di MariaHilfer, kawasan untuk membeli belah. 11 pagi, bergerak ke Budapest. 7.30 petang, tiba di Budapest. Menginap dan makan malam di hotel Budapest. (Catatan : Easter Day jatuh pada April, jadi banyak kedai shopping tutup. Akan tetapu akan diganti dengan lawatan ke tempat lain)

HARI 6 : BUDAPEST - ZAKOPANE (SP/MM)

Bersiar-siar di Budapest dengan bantuan pemandu pelancong dan aktiviti bebas. Menaiki bot di Sungai Danube pada jam 1.30 tengah hari. tiba di Zakopane - resort ski yang terkenal di Gunung Tatras di Poland, untuk musim sejuk, manakala bagi musim panas, aktiviti terkenal disini ialah pendakian dan menyajikan pemandangan gunung yang indah. Daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam disini.

HARI 7 : ZAKOPANE - KRAKOW - BRNO (SP/MM)

Selepas sarapan, kita akan bersiar-siar sekitar pergunungan Zakopane untuk mengambil gambar kenangan. Lawatan kawasan pejalan kaki di pusat bandar. Kemudian bertolak ke Krakow - dan bermulanya lawatan bandar, panorama, bandar lama dan Main Square di Krakow - pekan zaman pertengahan yang terbesar di Eropah. Bertolak ke Brno, Czech Republic. Bermalam di Brno setelah daftar masuk hotel dan makan malam

HARI 8 : BRNO - CESKY KRUMLOV - PRAGUE (SP/MM)

Bertolak jam 8 pagi ke Cesky Krumlov yang mana merupakan tempat yang tersenarai didalam UNESCO - Memaparkan bandar zaman pertengahan yang cantik dimana kita dapat melihat istana dan bandar lama. Seterusnya aktiviti bebas di kawasan Cesky Krumlov. Terletak di tebing sungai Volvata, pekan yang dibina di sekitar abad ke 13 dengan elemen Gothic, Renaissance dan Baroque. Bergerak ke Prague kemudian menginap dan makan malam disini

HARI 9 : PRAGUE (SP/MM)

Lawatan ke bandar Prague - ditemani dengan pemandu pelancong tempatan melawat sekitar bandar dan Volvata River Cruise. Seterusnya melawat kota lama, sembahyang di Pusat Islam di Prague dan akan membeli belah di pusat bandar terdekat di Prague. Balik ke hotel dan makan malam pada pukul 7 malam. Bermalam di Prague

HARI 10 : PRAGUE - MUNICH (SP/MM)

Bersarapan. Bertolak ke Munich. Dalam perjalanan, melawat Ingolstadt Village Outlet - dipenuhi lebih 100 butik fesyen outlet dan butik-butik berjenama terkenal dengan harga menarik ( Puma, Gucci, Prada & Nike). Aktiviti bebas sehingga 5.30 petang. Daftar masuk hotel. Menginap dan makan malam di hotel Munich. (Easter Day jatuh pada April, jadi banyak kedai shopping tutup. Akan tetapi akan diganti dengan lawatan ke tempat lain)

HARI 11 : MUNICH (SP)

Bersarapan. Aktiviti bebas sebelum berangkat pulang ke Malaysia

HARI 12 : MUNICH AIRPORT (Transit bergantung pada jenis penerbangan)

Tiba di KLIA

CATATAN :

Untuk sesetengah penerbangan (perlepasan pada waktu pagi), perjalanan aturcara dari 12 hari akan menjadi 11 hari sahaja. Namun, semua destinasi yang tercatat dalam jadual lawatan akan pergi.


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality