Egypt Jejak Rasul Tour

(0)
from/per person RM5,899
  • Audio guide
  • Groups allowed
  • Tour guides

Makam Imam Syafie - CAIRO

Cairo

Piramid Giza

Masjid Al-Azhar

Laut Mediterranean

Alexandria

Dahab

Bukit Thursina

Tasik Qarun

Makam Saidina Hussin


Description

Countries Covered :

  • CAIRO
  • GIZA
  • ALEXANDRIA
  • SINAI-DAHAB
  • SINAI-ST CATHERINE
  • ELFAYYOUM

PACKAGE INCLUDE

  • Flight Ticket Return (Transit)
  • Accommodation
  • Transportation
  • Meal as per itinerary (Breakfast, Lunch, Dinner)

PACKAGE EXCLUDE

  • Tipping Compulsory
  • Travel Insurance
  • Other not mentioned in itinerary
  • Fee for Glass Boat, Tahrir Museum and Riding a Camel


Schedule

DAY 1 : DEPART FROM KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

DAY 2 : CAIRO. (B/L/D)

Pagi – Mendarat / Solat Subuh – Sarapan. Lawatan ke Makam Imam As-Syafie (Wafat 204H) merupakan Imam Mazhab As-Syafie yang diamalkan di banyak negara antaranya Malaysia. Kehebatan Imam as-Syafie ini sangat masyhur. Akalnya yang sangat tajam dapat menangkap segala pembelajaran ilmu dengan cepat. Pendapat-pendapatnya di dalam bidang feqah juga sangat jitu dalilnya. & Makam Syeikh Zakaria Ansori (Wafat 926H)-Merupakan salah seorang ulama yang faqih dalam mazhab Syafie. Umurnya panjang dikatakan hingga 102 tahun. Ramai anaknya dan anak muridnya yang menjadi ulama juga. – Lunch & Solat – Qal’ah Kubu Salahuddin al-Ayyubi (Siap dibina 1183M) – Pusat pemerintahan kerajaan Sultan Salahudin suatu ketika dahulu. Terdapat beberapa binaan unik dan penting di dalamnya antaranya istana-istana pemerintah yang telah dijadikan Muzium Polis, Muzium Tentera, dan – Masjid Ali Basha. (Siap dibina 1830M) dan Masjid ini menjadi mercu tanda kota Kaherah kerana terletak di atas bukit di tengah-tengah bandar. – Check in Hotel - Dinner.

DAY 3 : CAIRO – SUEZ – DAHAB. (556KM) (B/L/D)

Check Out Awal : Sarapan. Bertolak awal pagi ke Dahab. – Terowong Ahmad Hamdi (1981M) sepanjang 1.63km merentas bawah Terusan Suez – Muzium Kubu Israel – dan diteruskan lawatan ke Uyun Musa – Telaga Air Nabi Musa – Lokasi ini dikatakan tempat Nabi Musa A.S dan kaumnya berehat dan membuat perkampungan setelah merentas Laut Merah seperti diceritakan di dalam surah al-Baqarah ayat 50. Waktu Lunch & Solat akan dimaklumkan. – Check In Hotel di Dahab – Dinner.

DAY 4 : DAHAB – ST CATHERINE. (130KM) (B/L/D)

Check Out : Sarapan. Aktiviti Bebas (Glass Boat Optional) – Lunch & Solat – Bertolak ke St. Cathrine – Lawatan ke Makam Nabi Harun & Nabi Soleh. Disambung lawatan ke lokasi Lembu Samiri seperti yang disebut kisahnya di dalam surah Toha ayat 95. –– Check In Hotel – Dinner – (Optional) Malam Panjat Gunung Thursina (7500ft) secara berjalan kaki @ naik unta.

DAY 5 : ST CATHERINE – SUEZ – CAIRO. (443KM) (B/L/D)

Sarapan. Lawatan ke Gereja Lama St. Cathrine. (565M) – St Catherine merupakan tokoh paderi wanita dan di dalam gereja juga terdapat satu binaan Masjid dikatakan ia dibina zaman Fatimiyah. – Pulang ke Hotel persiapan Check Out – Lunch & Solat – Bertolak pulang ke Cairo. – Check In Hotel Cairo – Late Dinner.

DAY 6 : JEJAK RASUL – CAIRO. (B/L/D)

Sarapan. Lawatan ke beberapa Makam Ahli Keluarga Nabi, Wali Allah dan Ulama.- Antaranya Saiyyidah Nafisah, Saiyyidah Ruqayyah, al-Imam Ibnu Atho’illah As-Sakandary (Penulis kitab Hikam), Ibnu Abi Jamrah, Kamaluddin Ibnu Humam dan lain-lain lagi mengikut kesempatan dan kesesuaian waktu. – Lunch – Lawatan ke Masjid Amru Al-‘Aas (Dibina pada 641M) oleh sahabat nabi yang juga Gabenor di Kaherah. Dikatakan ia masjid pertama di benua Afrika – Disambung ke Masjid Ibnu Thulun. (Dibina pada 878M) antara masjid terbesar di Mesir – Pulang ke Hotel – Dinner.

DAY 7 : ALEXANDRIA. (187KM) (B/L/D)

Sarapan. Melihat keindahan Laut Mediterranean – Melawat Kubu Sultan Qaitbay (Dibina pada 1477M) oleh Sultan Saifudin Qaitbay untuk menjadi benteng pertahanan di tepi laut. – Lunch & Solat – Menziarahi Makam Abul Abbas al-Mursi seorang wali Allah yang merupakan tokoh Tarikat As-Syazuli dan sangat disanjung masyarakat Mesir – Lawatan ke Makam Nabi Daniel & Luqman al-Hakim. Dikatakan Luqman inilah yang diceritakan kisahnya dalam Surah Luqman – Bertolak pulang ke Cairo – Dinner.

DAY 8 : GIZA. (B/L/D)

Sarapan. Lawatan ke Piramid Giza – Panorama – Sphinx. Kawasan ini mempunyai sejarah panjang lebih dari 5000 tahun. Beberapa generasi dan kerabat Firaun turut disemadikan disini. - Lunch & Solat – Melawat Masjid Al-Azhar yang merupakan kiblat ilmu dan telah melahirkan ribuan ulama dari segenap pelusuk dunia yang datang ke sini untuk mencari ilmu. Terdapat beberapa Ruwaq atau ruang kelas untuk pengajian. Lawatan diteruskan ke Masjid serta Makam Saidina Hussin iaitu cucunda kesayangan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم – Aktiviti membeli belah di Bazar Khan el-Khalili yang berusia lebih dari 700 tahun – Pulang ke Hotel – Dinner.

DAY 9 : EL-FAYYOUM. (96KM) (B/L/D)

Sarapan. Bertolak ke bumi bersejarah El-Fayyoum. Kisah Nabi Musa dan Qarun yang sangat masyhur disini. Kesombongan dan keingkaran Qarun telah membawa kepada kemusnahannya. Hartanya tenggelam di Tasik Qarun & lawatan diteruskan ke sebuah kuil Firaun (Dewa berkepala buaya bernama Sobek) tetapi dinisbahkan nama Istana Qarun - Lunch & Solat - Melihat Padang Pasir Putih – Syalalat iaitu satu-satunya air terjun yang ada di Mesir. Terletak di dalam kawasan Oasis Wadi Rayyan bersambung ke tasik bersebelahan. Tempat ini menjadi tumpuan rakyat Mesir untuk berkelah di hujung minggu bersama keluarga. Pulang ke Hotel – Dinner di Nile River Cruise (Optional).

DAY 10 : CAIRO – AIRPORT (B/L)

Sarapan di hotel. Aktiviti Bebas (Optional ke Muzium Tahrir) @ Shopping – Lawatan ke Asrama Pelajar Malaysia. Sebelum bertolak ke Airport. Depart to Kuala Lumpur.

DAY 11 : KLIA - MALAYSIA

Sampai ke Malaysia dengan selamat. Alhamdulillah.


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality