fbpx

Turkey Tour

Istanbul, Turkey (0)
from/per person RM3,999
  • Groups allowed
  • Tour guides

Blue Mosque, Istanbul, Turkey

Hippodrome of Constantinople, Istanbul, Turkey

Topkapi Palace, Istanbul, Turkey

Troy Wooden Horse, Canakkale, Turkey

Isa Bey Mosque, Kusadasi, Turkey

Temple Of Artemis, Kusadasi, Turkey

Ephesus Ancient City, Turkey

Cotton Castle, Pamukkale, Turkey

Ancient Caravanserai, Cappadocia, Turkey

Underground City of Kaymakli, Cappadocoa, Turkey

Ataturk Mausoleum and Museum, Ankara, Turkey

Rumeli Castle and Anatolia Castle, Istanbul, Turkey


Description

Antara kawasan yang akan dilawati :

  • CANAKKALE
  • KUSADASI
  • PAMUKKALE
  • CAPPADOCIA
  • BOLU
  • ISTANBUL

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket Penerbangan (Transit – Bergantung pada Jenis Penerbangan)
  • Penginapan
  • Pengangkutan Sepanjang Perjalanan
  • Makanan seperti dalam Jadual perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tipping RM200 seorang (Wajib)
  • Travel Insurans
  • Perbelanjaan Sendiri
  • Tiket Lawatan Hot Air Balloon, Safari Night, Sufi Dance
  • Selain yang tidak dimaklumkan dalam jadual lawatan

Schedule

HARI 1 : KLIA (Transit bergantung kepada jenis penerbangan)

Berkumpul di KLIA untuk penerangan dari staf terlibat kemudian akan bertolak ke Istanbul.

HARI 2 : ISTANBUL - CANAKKALE (SP/MT/MM)

Semasa ketibaan, diteruskan lawatan di sekitar bandar Istanbul. Melawat ke Blue Mosque, atau juga dikenali sebagai masjid Sultan Ahmet, yang menawarkan ciri unik 6 menara. Melihat hiasan bahagian dalam yang indah dan jubin biru yang tersendiri. Kemudian melihat satu-satunya tinggalan Hippodrome Constantinople, yang terdiri dari 3 tiang monumental dan air pancut. Ini adalah dimana perlumbaan kereta kuda berlaku pada masa lalu. Setelah itu, melawat ke St. Sophia Church (Hagia Sophia), iaitu merupakan bekas gereja ortodoks eastern yang telah ditukarkan kepada masjid dan merupakan tempat wajib ziarah jika datang ke Istanbul kerana mempunyai nilai kepentingan agama dan arkitek yang tinggi. Kemudian akan melawat ke Istana Topkapi, yang mana pernah menjadi tempat titahnya empayar Uthmaniyah. Pada masa kini, ia adalah sebuah istana muzium dengan koleksi luas tembikar, barangan antik, peninggalan suci dan khazanah lain. Seterusnya, menaiki feri menyeberangi Laut Marmara dan akan bermalam di Canakkale.

HARI 3 : CANAKKALE - KUSADASI (SP/MT/MM)

Bergerak ke Troy Wooden Horse di pusat bandar yang terkenal. Meneruskan lawatan ke Pergamon dan melihat keindahan pemandangan Laut Agean dengan pokok buah zaiton yang subur dan beberapa pulau-pulau orang Yunani dan Turki. Selepas makan tengah hari, sambung lawatan ke Kusadasi. Lawatan seterusnya ke Acropolis dengan menaiki kereta kabel. Ia merupakan tempat tinggi peninggalan sejarah. Kita boleh singgah membeli di Delight Turki dan Apple Tea Outlet di Kusadasi. Bermalam di Kusadasi.

HARI 4 : KUSADASI - PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Bertolak ke Selcuk Village dan meneroka Bandar Purba Ephesus, salah satu tapak arkeologi paling terkemuka di dunia. Anda akan melihat struktur hebat seperti Perpustakaan of Celcius, Kuil Handrian, Marble Street dan Agora. Terus ke Pamukkale dan melawat runtuhan Ancient City of Hierapolis dan meneroka Cotton Castle, dan kolam yang tercipta hasil daripada perairan air panas berkapur yang mengalir ke bawah gunung. Bermalam di Pamukkale.

HARI 5 : PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Bertolak ke Konya. Photo stop di 700 tahun Caravanserai purba lama (Hotel untuk peniaga dan pelancong di Jalan Sutera pada masa silam). Seterusnya melawat muzium abad ke-13 Philospher, Melvana Cellaleddin -i Rumi, yang digunakan untuk menjadi Cloister untuk Mevlevi Dervishes. Terus bergerak ke Cappadocia dan akan bermalam di sini

HARI 6 : CAPPADOCIAA (SP/MT/MM)

Menaiki Hot Air Balloon (Pilihan) sambil melihat landskap yang menarik semasa matahari terbit. Kemudian, akan menziarahi bandar bawah tanah Kaynakli iaitu tempat perlindungan untuk pelarian 15000 Kristian pada masa lalu. Boleh melihat bilik tidur, gereja, dewan mesyuarat dan tempat penyimpanan makanan purba di bandar ini dengan lapan tingkat yang dihubungkan dengan 30km koridor dan laluan-laluan. Kemudian, mendapat peluang melihat keindahan hasil kerja orang Turki iaitu permaidani tenunan. Setelah itu, lawatan ke lembah merpati. Photo stop akan dibuat di Uchisar 'Castle' Village, yang merupakan fantasy-land dimana tercipta dari kerja-kerja manusia dan alam semulajadi yang unik dan indah. Kemudian ke Village Pottery Avanos yang terletak di tebing Kizilirmark (Sungai Merah). Akhir sekali, berpeluang untuk melihat semi turkish turquoise berharga. Bermalam di Cappadocia.

HARI 7 : CAPPADOCIA - ANKARA - BOLU (SP/MT/MM)

Memulakan perjalanan dengan melalui Jalan Salt Lake yang cantik dan tiba di Ankara - ibu negara Turki. Di Ankara melawat makam Ataturk dan muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai bapa pemodenan Turki. Makam ini mempunyai campuran gaya seni bina yang berbeza dari pelbagai muzium tamadun Anatolia. Bermalam di Bolu

HARI 8 : BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM)

Memulakan perjalanan ke Istanbul dan terus ziarah bandar Istanul meliputi Bosphorus Cruise. Disini, anda akan dapat menikmati pemandangan Turki Asia dan sektor Eropah sepanjang pelayaran melalui terusan air yang sangat menggambarkan pemandangan hidup di Kota Istanbul. Menyaksikan seni bina yang mengagumkan daripada bangunan di sepanjang sungai dan aktiviti menarik daripada orang tempatan. Berkesempatan untuk mengambil gambar Caastle Rumeli dan Kastil Anatolia yang dibina oleh Conquerer of Istanbul dalam 1453 Masihi. Seterusnya melawat Famous Spice Bazaar yang berusia 500 tahun dan mempunyai lebih 4000 gerai dan kedai menjual barangan kulit, barang kemas, kraftangan, seramik, kopi turkish dan produk tempatan yang lain. Bermalam di Istanbul

HARI 9 : ISTANBUL  (SP)

Lawatan bebas sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur

HARI 10 : MALAYSIA

Tiba di KLIA


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality