fbpx

Umrah Package (7 Dec – 18 Dec 2019)

(0)
from/per person RM6,899
  • Umrah
  • Groups allowed
  • Tour guides

Masjid Nabawi, Madinah

Makam Nabi Muhammad, Madinah

Perkuburan Baqi', Madinah

Masjid Quba, Madinah

Masjid Qiblatain, Madinah

Gua Tsur, Mekah

Mina, Mekah

Padang Arafah, Mekah

Hudaibiah, Mekah


Description

Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan Pergi dan Balik
  • Penginapan (Madinah : Hotel  Gulnar Taibah/Mubarak Silver 100-150m dari masjid atau setaraf) | Mekah : Hotel Millennium 50m dari masjid)
  • Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam
  • Mutawwif Berpengalaman
  • Visa Umrah
  • Air Zam-Zam 5 Liter
  • Insuran Berkelompok
  • Beg 4 dalam 1 set
  • Buku Panduan Umrah

Pakej Tidak Termasuk

  • Kain ihram
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Insuran Individu
  • Mana-mana yang tidak dinyatakan dalam jadual lawatan

Catatan : Harga bagi bilik berdua/bertiga adalah berbeza. Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut


Schedule

HARI 1 : KUALA LUMPUR - JEDDAH (MM)

Berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur - Tiba di Madinah pada waktu malam - Daftar masuk dan makan malam di hotel

HARI 2 : MADINAH (SP/MT/MM)

Menziarahi Masjid Nabawi, Makam Nabi Muhammad SAW , Sahabat Nabi, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kawasan Makam Nabi merupakan kawasan rumah Nabi pada zaman dahulu dan lawatan ke sekitar masjid seperti Raudhah, tiang-tiang Usthuwanah Aisyah, Sarir dan lain-lain lagi. Lawatan diteruskan ke perkuburan Baqi' (Tempat pemakaman ramai ahli keluarha nabi dan sahabat)

HARI 3 : MADINAH (SP/MT/MM)

Lawatan ke Masjid Quba (622M) yang merupakan antara masjid pertama dibina oleh Nabi Muhammad SAW dan diteruskan ziarah ke Masjid Qiblatain tempat berlakunya pertukaran qiblat seperti yang dikisahkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 144. Lawatan berakhir di kawasan peperangan bersejarah iaitu Perang Khandak atau terkenal dengan nama Perang Ahzab.

HARI 4 : MADINAH (SP/MT/MM)

(Aktiviti bebas) Disarankan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an, zikir dan solat secara berjemaah di Masjid Nabawi. (Taklimat persediaan umrah dan persediaan bertolak ke Mekah akan dibuat pada waktu dan lokasi yang ditentukan oleh mutawif nanti.)

HARI 5 : MADINAH - MEKAH (SP/MT/MM)

Ziarah Wida' Makam Nabi dan bertolak ke Miqat Bi'r Ali, (salah satu Miqat yang menjadi persinggahan Nabi Muhammad SAW untuk berniat umrah sebelum bertolak ke Bumi Mekah. Bacaan Talbiah dialunkan sebaik perjalanan bermula. Sampai di Mekah terus melaksanakan ibadah umrah pertama. Daftar masuk hotel di Mekah

HARI 6 : MEKAH (SP/MT/MM)

(Aktiviti Bebas). Disarankan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an, zikir dan solat secara berjemaah di Masjidil Haram. (Pilihan) Bermiqat untuk umrah di Miqat Tana'im (dikenali dengan nama Miqat Aisyah)

HARI 7 : MEKAH (SP/MT/MM)

(Aktiviti Bebas) Disarankan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an, zikir dan solat secara berjemaah di Masjidil Haram. (Pilihan) Bermiqat untuk umrah di Miqat Tana'im (dikenali dengan nama Miqat Aisyah)

HARI 8 : MEKAH (SP/MT/MM)

Lawatan ke kawasan Gua Tsur (4600ft) tempat berlindung Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah. Disambung ziarah ke lokasi ibadah haji seperi Mina yang merupakan lokasi jemaah haji melontar Jamrah, melalui Padang Arafah di Muzdalifah yang menempatkan hampir 3 juta umat Islam setiap tahun ketika musim haji. Lawatan disambung ke Jabal Rahmah dan akan singgah di Miqat Ji'ranah yang terletak 26km ke selatan Mekah (Pilihan bagi yang ingin mengerjakan umrah)

HARI 9 : MEKAH (SP/MT/MM)

(Aktiviti Bebas) Disarankan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an, zikir dan solat secara berjemaah di Masjidil Haram. (Pilihan) Bermiqat untuk umrah di Miqat Tana'im (dikenali dengan Miqat Aisyah)

HARI 10 : MEKAH (SP/MT/MM)

Lawatan ke Hudaibiah. Terletak 22km ke barat Mekah adalah tempat bersejarah yang menjadi saksi kepada Perjanjian Hudaibiah di zaman Baginda Nabi SAW suatu ketika dahulu. Jika berkesempatan akan melawat ke Muzium Mekah. Singgah di Miqat Hudaibiah bagi yang ingin mengerjakan umrah

HARI 11 : MEKAH - JEDDAH (SP/MT)

Membuat persediaan untuk pulang dan melakukan Tawaf Wida'. Perlu berhati-hati dengan pantang larang sebelum dan sesudah tawaf. Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah bagi penerbangan ke Kuala Lumpur

HARI 12 : KLIA

Tiba di Malaysia dengan selamat. Semoga ibadah umrah diterima olehNya. Amin


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality