fbpx

UNITED KINGDOM 10H 7M

(0)
from/per person RM6,999
  • Groups allowed
  • Tour guides

Description

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket Penerbangan Return (Transit)
  • Half Board (Breakfast and Packed Dinner)
  • Accommodation
  • Transportation
  • Tour

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tipping RM285/pax Compulsory
  • Travel Insurans
  • Semua yang tidak dinyatakan
  • Bayaran Masuk ke Tempat Lawatan
  • Perbelanjaan Sendiri
  • Lebihan Bagasi


Schedule

HARI 1
Bertolak dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow

HARI 2 CAMBRIDGE & YORK (BREAKFAST & PACKED DINNER)
Setibanya disana, kita akan meneruskan perjalanan ke Bandar Cambridge. Bandar ini dikenali dan dihormati di seluruh dunia sejak lebih 800 tahun kerana mempunyai salah satu universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Cambridge. Universiti ini telah menganugerahkan Hadiah Nobel kepada 89 orang pemenang dan Perdana British kepada 14 orang pemenang. Anda akan rasa kagum dengan keindahan seni bina dan bangunan kolejnya yang megah. Pasar terbuka di Cambridge yang berwarna warni dan bersejarah pula terletak ditengah-tengah bandar dan menawarkan pelbagai jenis produk dan barangan menarik. Pasar ini dibuka 6 hari seminggu. Kemudian kita akan menuju ke York untuk daftar masuk hotel.

HARI 3 YORK & EDINBURGH ( BREAKFAST & PACKED DINNER)
Selesai bersarapan, kita akan melawat sekitar York. York merupakan bandar bertembok di Timur Laut England yang diasaskan oleh Rom kuno hampir 2000 tahun yang lalu. Di tengah-tengah bandar, terdapat Cathedral Gothic pada abad ke-13 iaitu York Minster. Ia dibina dengan kaca berwarna dan dua menara loceng sesuai untuk bergambar. Sepanjang lawatan ke khazanah York ini, kita akan menjumpai pelbagai tarikan yang tersembunyi. Pada sebelah petang, kita akan bertolak ke Hotel Edinburgh.

HARI 4 EDINBURGH (BREAKFAST & PACKED DINNER)
Selepas bersarapan, kita akan menerokai Edinburgh. Edinburgh adalah antara bandar yang paling indah di dunia. Anda pasti akan menikmati sejarah, warisan dan budaya di bandaraya itu. Kita akan meluangkan masa di "Old City" Edinburgh yang merupakan rumah kepada Istana Edinburgh. Ia adalah kubu yang menguasai langit dan telah diasaskan pada abad ke12. Ia adalah tarikan Scotland yang paling popular. Berjalan kaki diatas jalan-jalan berbatu di Jalan Diraja dari Istana Edinburgh dan anda berpeluang menikmati keindahan dan sejarah Edinburgh. Pada waktu petang, kita akan membeli belah di Princess Street yang terkenal di Edinburgh. Hotel di Edinburgh.

HARI 5  LAKE DISTRICT & LIVERPOOL (BREAKFAST & PACKED DINNER)
Selepas bersarapan, kita akan meneruskan perjalanan ke 'The Lake District'. Lake District terletak di kawasan pergunungan di Barat Laut England. Ia merupakan salah satu destinasi percutian yang terkenal disana. Ia turut dikenali sebagai Taman Negara terbesar di UK kerana terkenal dengan keindahan alam seperti tasik, hutan dan gunung-ganang. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan kawasan perkampungan kecil yang telah mengilhamkan penulis-penulis Wordsworth dan Wainwright. Kemudian, kita akan ke Liverpool untuk bermalam.

HARI 6 LIVERPOOL (BREAKFAST & PACKED DINNER)
Selesai bersarapan, kita akan menuju ke Pengkalan Diraja Albert. Pengkalan ini adalah terdiri dari kompleks bangunan dan gudang yang terletak di tepi laut Tapak Warisan Dunia yang menakjubkan di Liverpool. Kawasan ini paling strategik pada ketika itu dan 40% daripada perdagangan Liverpool pada abad ke19. Struktur pengkalan Albert telah dibina pada tahun 1846 dan menampilkan bangunan Gred I terbesar di seluruh negara.
Kemudian kita akan membeli belah di Outlet Designer Cheshire Oaks. Disini anda dapat merasai harga yang murah untuk jenama terkenal. Chesire Oaks adalah gudang terbesar di UK yang mempunyai sebanyak 145 butik. Kemudian kita akan meneruskan perjalanan ke Town of Telford untuk bermalam.

HARI 7 TELFORD (BREAKFAST)
Selepas bersarapan, kita akan melawat ke Warisan Dunia yang terkenal iaitu 'The Iron Bridge". Jambatan ini adalah jambatan pertama di dunia yang dibina daripada besi tuang pada tahun 1779. Baru-baru ini, jambatan itu telah diperbaiki dan keindahannya lebih cantik daripada sebelum ini. Kemudian, kita akan melawat ke Muzium Victoria. Muzium ini berjaya mencipta nama bagi sebuah bandar Victoria Shropshire pada akhir abad ke19. Pada sebelah petang, kita akan melawat bandar bersejarah di Wellinton yang asalnya telah diasaskan pada tahun 1244. Terdapat kedai berhampiran di sekitar untuk membeli belah. Hotel kita berada di Telford.

HARI 8 WINDSOR (BREAKFAST)
Selepas bersarapan, kita akan menuju ke kebun epal di Kent untuk merasai buah-buahan yang segar. Sekiranya bukan musim memetik buah epal (Sep - Okt), kita akan menukar destinasi pada hari itu. Kita akan melawat bandar bersejarah Canterbury, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Canterbury telah diambil oleh penjajah beberapa kali sejak perjanjian pertama. Sejarah telah terbukti ketika menjelajah kota. Sekiranya berkelapangan, kita akan melawat Windsor, sebuah bandar yang merupakan rumah kepada Istana Windsor iaitu sebuah kediaman Keluarga Diraja British. Terdapat banyak kedai cenderahati dan anda juga berpeluang untuk bergambar. Hotel kita di London

HARI 9 LONDON (BREAKFAST)
Selesai bersarapan, kita akan mengadakan lawatan ke London untuk melihat pemandangan terkenal dan menghayati panoramanya. Kemudian bergerak terus ke Lapangan Terbang Heathrow

HARI 10
Sampai Malaysia


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality