Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Blog Page

Alhamdulillah selepas solat berjemaah Jamak Qasar Maghrib dan Isyak di Concorde Hotel serta sembahyang sunat musafir, semua anggota rombongan Umrah Kembara Mata Hati akhirnya di bawa ke KLIA dengan menaiki bas. Semua wajah menyerlahkan keghairahan, semangat dan keceriaan. Alhamdulillah, saya dapat rasakan kursus setengah hari yang telah dijalani oleh semua anggota rombongan telah mencapai sasarannya.

FIRAUN

Sudah ada pengisian ilmu, jiwa dan perasaan di samping persiapan fizikal dan harta untuk misi umrah kali ini. Insya-Allah. Dalam kursus pendek itu, peserta tidak sahaja didedahkan soal teknikal dan mekanikal umrah – rukun, syarat dan sunat-sunatnya, tetapi yang penting ialah penitipan roh umrah itu sebagai mekanisme (proses) membentuk akhlak dan peribadi. Sekarang, saya kira sudah ada” mind set” yang betul untuk menjalani umrah yang bukan sekadar sah tetapi mabrur (makbul) yakni berkesan untuk mengubah perilaku. Amin.

Read more...

Alhamdulillah, syukur, saya telah selamat kembali ke tanah air semula setelah lebih kurang dua minggu di Tanah Suci melaksanakan umrah dan ziarah. Dan di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sama-sama mendoakan saya.

Insya-Allah, segala catatan “Kembara Mata Hati” ini akan disiapkan sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan dapat juga dikongsi bersama pengunjung blog ini.  Saya cuba amalkan apa yang dikatakan oleh pakar-pakar pendidikan bahawa 95% ilmu terserap ke dalam diri apabila disampaikan.

Maksudnya, belajarlah dengan niat hendak “mengajar” orang lain. Ini juga yang dimaksudkan oleh hadis, sampaikan daripada ku walaupun sepotong ayat. Buat masa ini saya masih berkongsi rasa bersama keluarga sendiri, meneliti kembali catatan-catatan yang kekadang jelas dan samar akibat dilambung oleh pelbagai rasa, suasana dan keadaan.

Read more...

sdfsd

 
 
You are here: Home Blog