Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Hari Pertama     Paris

Tiba di Paris airport dari Kuala Lumpur, bertemu dengan pemandu(menunggu dgn nama anda) untuk membawa anda ke tempat penginapan  di tengah2 kota Paris. Oleh kerana penerbangan sampai awal di Paris dan masa check in hotel adalah selepas jam 2ptg, simpan beg anda di tempat simpan barang. Dan anda boleh lah bersiar2 di sekitar tempat penginapan, kerana kami memilih tempat penginapan  anda di tengah2 kota Paris.

Hari Kedua   Paris

Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Jam 9AM pemandu pelancong akan bertemu anda di hotel dan akan membawa anda melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris ini.  Di Paris lebih baik mengunakan metro dari satu tempat kesatu tempat, kerana lebih cepat. Anda akan dibawa melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi. Pemandu pelancong akan bersama anda 6 jam. Selepas habis masa besama pemandu pelancong, anda boleh meneruskan lawatan anda, minta penerangan dengan pemandu pelancong bagaimana untuk pulang ke hotel anda. “Champ Elysee  Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai)  Baik untuk anda bersiar siar  waktu malam dari Place de Concorde ke Arc de Triomphe.  Kebanyakan kedai disini di buka hingga lewat malam.

Note: Saya cadangkan supaya tour anda bersama pemandu pelancong habis di Eiffel tower, supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk berada di Eiffel tower. Pemandu pelancong akan meninggalkan anda di Eiffel tower dengan penerangan lengkap apa perlu anda buat selepas itu. Habis melawat Eiffel tower anda boleh menaiki river cruise, di mana jeti pelepasan berada berhampiran Eiffel tower, pemandu pelancong akan memberi penerangan jelas kepada anda sebelum dia meninggalkan anda.


Hari Ketiga  Paris – London

Awal pagi daftar keluar hotel dan menaiki taxi ke Gare du Nord station untuk menaiki Eurostar train ke London. Sampai di St Pancras station di London, guide menunggu anda untuk membawa anda mengenali kota London (simpan beg anda di tempat simpan barang di St. Pancras station). Anda akan di bawa melawat  Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge di temani pemandu pelancong anda.  Pegerakan dari satu tempat kesatu tempat, anda akan mengunakan bas atau tube(Underground)  besama pemandu pelancong. Masa bersama pemandu pelancong 6 jam. Habis tour bersama pemandu pelancong anda akan balik ke St Pancras station untuk mengambil beg anda, dan disana driver menunggu anda untuk menghantar anda ke penginapan

Hari Keempat   London

Hari ini aturcara bebas, gunakan London Travelcard untuk anda berjalan2 atau membeli belah di kota London. (London travelcard boleh di gunakan untuk public transport tanpa had).

Hari Kelima   London - Amsterdam

Awal pagi daftar keluar dan pemandu akan membawa anda ke Gatwick airport untuk penerbangan ke Amsterdam. Sampai di Amsterdasm airport pemandu pelancong menunggu anda untuk membawa anda tour di luar kota Amsterdam. Menaiki minibus ke Volandam sebuah  perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan windmill yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Apabila selesai besama pemandu pelancong, anda akan di hantar ke penginapan.

Hari Keenam  Amsterdam

Aturcara bebas hari ini, anda boleh menaiki canal cruise (ticket EUR12 untuk seorg), atau melawat Van Gosh museum. Bersiar2 di Damrak dan di kawasan Royal Palace di Damrak square, melawat kilang diamonds. Atau anda boleh menyewa basikal dan rasakan keunikan bebasikal di kota Amsterdam ini amat menghiburkan.

Hari Ketujuh  Amsterdam – Brussel - Paris

Jam 7:30 daftar keluar apartment dan terus ke Central station ( menaiki taxi atau tram) untuk menaiki keretapi ke Brussel yang akan belepas jam 08:00 Sampai di Brussel Gare du Midi station jam 10:00 Simpan bagasi anda di tempat menyimpan barang di sation keretapi. Mulakan lawatan anda  ke Grand-Place, Manneken Pis, Cinquantenaire Arch, Art Nouveau and Victor Horta. Anda mempunyai masa sehinggan jam 17:00 sebelum menaiki keretapi untuk ke Paris. Sampai di Gare du Nord station Paris jalan keluar station dan ambil taxi ke hotel. Tambang taxi dalam EUR10-12 satu taxi ke hotel, beri sahaja address hotel pemandu taxi akan menghanta anda.

Hari Kelapan   Paris – Kuala Lumpur

Aturcara bebas sebelum pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air.