Tips Melancong Ke Maldives Bagi Para Ladies.

Maldives seringkali dikenali dan digambarkan sebagai ‘Syurga Dunia!’ dan merupakan salah satu tarikan yang terkenal untuk berbulan madu terutamanya bagi golongan wanita yang sukakan percutian pulau. Maldives merupakan sebuah negara yang terkenal dengan gugusan kepulauan yang indah dengan keindahan semulajadinya seperti pantai yang jernih dan kebiru-biruan serta terumbu karang yang indah. Terdapat juga banyak private island yang mewah dan ekslusif dan tidak dinafikan bahawa bajet untuk melancong ke pulau ini agak mahal bergantung kepada pilihan penginapan dan aktiviti yang ingin dilakukan di pulau tersebut.

Terdapat beberapa tips yang berguna terutama sekali buat golongan wanita tidak kira yang ingin melancong bersendirian atau secara berkumpulan ke pulau ini. Antaranya ialah,

  1. Tempoh ideal untuk travel ke Maldives adalah sekitar 4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam sahaja.

Aktiviti yang boleh dilakukan di Maldives mungkin sama seperti di pulau-pulau lain namun begitu, tempoh yang agak lama mungkin akan membuatkan anda bosan kerana terperangkap di pulau ini sahaja. Namun begitu, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Maldives adalah night fishing, dolphin watching, sandbank visit, private island day trip di samping aktiviti air seperti snorkeling, berkayak dan lain-lain.

  1. Bilangan pax yang genap bagi yang ingin travel secara berkumpulan.

Hal ini kerana, kebanyakkan penginapan dan aktiviti yang disediakan di Maldives adalah dalam gandaan dua. Mungkin atas sebab ini, Maldives sinonim dengan lokasi yang sesuai untuk berbulan madu. Namun begitu, tiada hostel backpacker di sini bagi yang ingin travel bersendirian.

  1. Pakaian berwarna terang dan bermotif bunga untuk gambar yang cantik dan menarik.

Apabila anda bercuti, bergambar merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilakukan bagi megabdikan kenangan-kenangan anda ketika bercuti. Oleh itu, percutian ke pantai seperti Maldives dan berjalan-jalan di tepian pantai sambil menikmati tiupan angin akan bertambah menarik sekiranya digandingkan dengan outfit yang bersesuaian seperti maxi dress atau skirt panjang yang flowy.

  1. Losyen pelindung kulit

Losyen pelindung kulit ataupun sunscreen adalah perkara wajib yang anda perlu bawa sekiranya bercuti ke pantai. Hal ini kerana, anda akan terdedah kepada sinaran matahari dan cuaca yang agak panas di Maldives pasti akan meninggalkan kesan terbakar atau sunburn terutamanya pada yang berkulit sensitif.

  1. Baju dari material ringan dan mudah kering

Apabila bercuti ke pantai, anda digalakkan untuk membawa pakaian dari material yang ringan dan mudah kering bagi memastikan keselesaan anda sepanjang melakukan aktiviti di sana. Tetapi harus diingatkan, sebagai umat Islam, anda haruslah sentiasa mematuhi syariat dengan memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

  1. Bekalan makanan atau kudapan dari Malaysia.

Walaupun Maldives merupakan negara Muslim dan tidak sukar untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal, namun begitu, harga makanan di Maldives agak mahal dan dengan membawa bekalan makanan seperti mee segera atau kudapan dari Malaysia akan sedikit sebanyak dapat membantu bagi yang ingin menjimatkan kos ketika melancong ke sana. Namun begitu, sekiranya anda ingin merasa makanan dari Maldives, anda boleh mendapatkannya di restoran atau kafe-kafe yang terdapat berhampiran dengan kediaman orang tempatan bagi mendapatkan harga yang lebih murah.

  1. Bikini Beach

Untuk pengetahuan para wanita, terdapat satu kawasan yang dinamakan Bikini Beach di Maafushi Island yang dikhususkan untuk para wanita. Tempat ini menjadi tumpuan bagi melihat matahari terbenam setiap hari. Seperti namanya, tempat ini merupakan satu-satunya kawasan yang membenarkan pelancong wanita untuk berbikini di sini di mana tempat-tempat lain adalah dilarang. Oleh itu sekiranya para wanita ingin mandi dan berenang secara privacy, anda bolehlah sertai kumpulan wanita dan kanak-kanak tempatan di kawasan pantai yang bertenangan dengan Bikini Beach.

 

Sumber : Hawa Mayati