10 Bahasa asas Mandarin yang perlu dipelajari.

Jika pergi ke negara orang, mustahil bagi kita untuk memastikan mereka benar-benar faham apa yang ingin kita ucapkan. Jadi amatlah penting bagi kita untuk tahu serba sedikit bahasa yang digunakan di negara mereka, bagi memudahkan perjalanan kita ke sana .

Mari Belajar Bahasa Mandarin!

1. 你好 – Nĭ hăo (Hai)

Nĭ hăo adalah kombinasi perkataan “Nĭ” (Anda) dan “Hăo” (Baik)  yang membawa maksud ‘Hai’.  Perkataan ini boleh digunakan di mana-mana sahaja dan jika ingin menanya khabar seseorang anda hanya perlu tambah perkataan  ‘吗‘ (ma) sahaja di belakang. Pertakaan ini hanya digunakan apabila perlu menanyakan soalan. Jadi ia akan berbunyi sebegini “Nĭ hăo ma?”(Awak apa khabar?).

2. 谢谢 – Xiè xie (Terima Kasih)

Xiè xie bermaksud terima kasih di dalam bahasa mandarin, perkataan ini sering diucapkan selepas menerima pertolongan dari orang.

3. 你可以帮我吗?. Nĭ ké yĭ bāng wǒ mā (Awak boleh Bantu Saya?)
‘Sila bantu saya’. Kebiasaanya perkataan ini digunakan jika anda ingin meminta bantuan daripada orang.

4. 我在哪里? Wǒ zài nǎlǐ (Ini Di Mana? / Saya Di Mana?)
Jika anda sesat, anda boleh menggunakan perkataan ini untuk bertanya di manakah lokasi sebenar anda berada. Perkataan tersebut bermaksud ‘Saya di mana?’.

5. 请问 Qĭngwèn (Tumpang tanya)

Jika berada di pasar atau di mana-mana kawasan kedai, anda boleh mula bertanya dengan menyapa ‘Qĭngwèn’ yang membawa maksud ‘tumpang tanya’ dan menanyakan soalan anda.

6. 对不起 Duì buqĭ (Minta maaf)

‘Duì buqĭ’ bermaksud ‘minta maaf’ di China kebanyakan kawasan dipenuhi dengan orang dan  jika anda terlanggar seseorang dan ingin meminta maaf  anda boleh gunakan perkataan ini.

7. 多少钱?Duō shao qián ( Berapa harga?)

Jika anda ingin bertanyakan harga barang, anda boleh menggunakan perkataan ini sebagai contoh anda ingin menanyakan harga baju, jadi anda boleh gunakan ayat ini “zhe ge yifu duō shao qián?”(berapa harga baju ini?).

8. 走吧  Zǒu ba ( Jom!)

Ingin kemana-mana apabila melancong? atau ingin memulakan perjalanan anda ke sesuatu tempat?. Anda boleh gunakan perkataan ini pada bila-bila masa kerana perkataan membawa maksud ‘Jom!’ di mana penggunaan perkataan ini adalah sangat kasual dan mudah digunakan. Jadi Zǒu ba!(Jom!) kita pergi melancong!.

9. 好吃 Hăochī  (sedap!)

Perkataan ini membawa maksud ‘Sedap!’ biasaanya digunakan apabila anda berasa makanan tersebut sangat enak dan ingin memuji tukang masak, anda boleh gunakan perkataan ini atau menambah perkataan  ‘很’ (Hĕn) yang membawa maksud ‘sangat’. Jadi jika digabungkan dua perkataan ini, ia akan berbunyi sebegini “Hĕn hăochī!” yang membawa maksud ‘sangat sedap!’.

10. 再见 Zàijiàn  (Selamat tinggal)

Akhir sekali jika anda ingin meninggalkan rakan baharu anda di China, anda boleh gunakan perkataan ini yang membawa maksud ‘selamat tinggal’.

Jadi Xiè xie (terima kasih) semua, diharapkan anda dapat belajar bahasa mandarin yang mudah dipelajari ini jika anda ingin ke China. Zaijian! (Selamat tinggal!)