MAKANAN YANG WAJIB DICUBA DI ITALI

Keindahan negara Itali menarik minat pelancong untuk menerokai pemandangannya yang menakjubkan, budaya yang unik serta pelbagai makanan yang lazat. Resepi turun-menurun antara generasi menawarkan makanan tradisional yang mesti dicuba apabila anda menjejakkan kaki ke sana.

Berikut merupakan cadangan beberapa hidangan terbaik yang terdapat di Itali. Bagi yang beragama Islam, hati-hati dalam membuat pilihan makanan kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang yang dimasak bersama hidangan. PASTIKAN HALAL, BARU MAKAN!

Lasagne

Lasagne adalah salah satu hidangan tradisional Itali yang paling popular. Hidangan Itali klasik ini dibuat dengan membakar lembaran pasta lasagne berlapis dengan keju, daging kisar, sayur-sayuran dan pelbagai jenis sos, seperti bechamel dan sos tomato. Hidangan ini pastinya sesuai untuk anda merasai masakan Itali yang sebenar.

Risotto

Risotto adalah hidangan nasi berkrim yang dimasak dalam sup dengan safron, mentega, wain dan bawang. Daging, ikan dan sayuran kadang-kadang ditambah bergantung kepada sesetengah tempat yang menyediakannya, termasuk udang, sotong, kacang, cendawan dan ayam.

 

Spaghetti Carbonara

Carbonara adalah hidangan spageti klasik yang biasanya dikaitkan dengan masakan Itali dan dimakan di seluruh dunia. Hidangan ini mengandungi spageti, telur, daging, keju dan lada hitam.

Aranchini

Arancini merujuk kepada hidangan bola nasi rangup. Bola nasi akan disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga bertukar warna keemasan. Bola nasi ini biasanya disumbat sos tomato, mozzarella dan kacang. Keistimewaan hidangan ini dibuat dengan pelbagai jenis bahan yang disumbat ke dalam bola nasi serta bentuk yang berbeza bergantung pada kawasan hidangan disediakan.

Pizza Neapolitan

Pizza adalah hidangan yang paling popular di antara semua hidangan tradisional Itali yang dieksport dan dimakan hampir setiap negara di dunia. Pizza Neapolitan adalah yang paling mudah yang terdiri daripada bahan asas doh dengan tomato, keju mozzarella, basil segar dan minyak zaitun.

Ribollita

Secara tradisinya hidangan ini dianggap sebagai cucina povera atau makanan orang yang miskin. Ribollita diciptakan oleh pelayan yang mengumpulkan makanan yang tidak habis dimakan oleh tuannya seperti roti dan sayuran. Kemudian, bahan tersebut dididihkan di dalam air untuk dibuat makanan. Asal-usul hidangan ini telah menimbulkan namanya, yang bermaksud ‘reboiled‘ dalam bahasa Inggeris. Rich & hearty, ribollita dianggap sebagai salah satu masakan Tuscany yang paling penting.

Tortellini

Tortellini adalah petak-petak kecil pasta yang disumbat, yang diberi nama ‘belly button’ kerana bentuknya. Hidangan ini menjadi sajian ketika Krismas sebagai salah satu makanan tradisional masyarakat Itali. Makanan ini disediakan bersama campuran daging, keju dan dihidang bersama sup. Keju parmesan ditambah bagi menjadikan hidangan menjadi bertambah lazat.

Saltimbocca

Hidangan ini mengandungi hirisan nipis daging lembu, dihiasi dengan prosciutto dan daun herba. Bahan-bahan ini akan dimasak di atas kuali sehingga daging tersebut masak. Ayam dan kambing juga boleh digunakan untuk menyediakan saltimbocca. Hidangan ini popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong di Itali.

Torrone

Torrone popular ketika musim sejuk terutamanya sewaktu perayaan Krismas di Itali. Creamy & sticky, Torrone dibuat dengan ramuan seperti madu, putih telur, kacang badam dan Citrus. Makanan ini biasanya terdapat di kafe dan candy store di seluruh Itali. Ia biasanya berbentuk sama ada segi empat tepat atau bulat seperti kek. Sesetengah versi komersial torrone dicelupkan ke dalam coklat.