6 Festival Bagi Pecinta Seni Di Sydney Sepanjang Musim Luruh

Terdapat pelbagai Festival Kesenian yang sangat sesuai pencinta seni dan kebudayaan yang menarik dan unik ketika anda melancong pada musim luruh di Sydney. Antaranya ialah :

  1. Vivid Sydney

Diadakan pada bulan Mei dan Jun setiap tahun, Vivid Sydney ialah festival yang terkenal dengan lampu dan musik yang menghangatkan dan menghidupkan malam di kota Sydney. Dalam banyak-banyak tempat menarik yang perlu dikunjungi sepanjang musim luruh, Vivid Sydney ialah salah satu festival yang menjanjikan keseronokkan dengan kemasukan yang percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan ikon terkenal di Kota Sydney di Circular Quay di mana terletaknya Sydney Opera House, Harbour Bridge dan Museum of Contemporary. Menikmati keindahan malam ketika menyusuri kerlipan lampu-lampu Cathedral of Light sepanjang laluan untuk memasuki Royal Botanic Gardens. Memaparkan keindahan lampu dan juga makanan-makanan yang menarik di sediakan pasti akan menambat hati setiap pelancong tidak kira peringkat umur.

  1. The National : New Australian Art

Selain itu, anda juga boleh bersama-sama rakan atau ahli keluarga untuk menyokong dan menyaksikan bakat tempatan di acara seni dwitahunan baru Sydney, The National. Anda akan dapat menyaksikan Carriageworks, Muzium Seni Kontemporari dan Galeri Seni NSW bergabung untuk mempersembahkan program yang memperlihatkan lebih daripada 50 senman Australia yang baru muncul dan ditubuhkan. The National juga merupakan satu-satunya acara yang difokuskan semata-mata kepada seni moden tempatan di mana acara ini merupakan acara yang membolehkan sesiapa sahaja yang ingin berada di dalam industri seni kontemporari Australia. Selain itu, tiket kemasukan ke semua pameran adalah percuma.

  1. Sydney Comedy Festival

Penghayatan kepada seni tidak tertakluk kepada seni lukisan dan pameran semata-mata, selain melawat tempat-tempat pameran, anda juga boleh menikmati seni humor di Sydney Comedy Festival, iaitu acara komedi tahunan terbesar di bandar ini. Terdapat pelbagai aksi tempatan dan antarabangsa yang lucu, yang bermula dari seniman-seniman yang terkenal sehinggalah seniman-seniman yang baru ingin menguatkan karya mereka melalui festival ini. Terdapat juga pameran komedi kanak-kanak dan amat bersesuai bagi yang datang dengan keluarga terutamanya yang mempunya anak kecil. Anda boleh membawa keluarga tercinta serta sahabat untuk turut bersama-sama menyaksikan pertunjukkan ini dan merupakan salah satu pilihan yang sempurna untuk menghangatkan malam musim luruh yang sejuk di kota Sydney ini.

  1. Sydney Writer’s Festival

Pernahkan anda membayangkan diri anda sebagai pemenang Hadiah Pulitzer? Atau mungkin anda masih berkabung dengan pengakhiran jalan cerita Harry Potter? Walau bagaimanapun, ulat buku dan pencinta novel pasti akan terpesona dengan Sydney Writer’s Festival ini. Terdapat lebih daripada 300 acara, pameran dan ceramah yang memaparkan penulis yang terbaik dalam bidang penulisan, pengisytiharan, kewartawanan dan ideology Australia dan juga antarabangsa. Oleh itu anda boleh datang dan menyaksikan sendiri festival yang merupakan syurga dunia bagi pencinta buku.

  1. Inner West Open Studio Trail

Sudahkan anda melihat dan melawat semua tempat pelancong Sydney yang tipikal? Marilah lihat bandar yang seperti tempatan. Meluncur melalui beberapa pinggir bandar yang paling menarik di Sydney, di mana sepanjang perjalanan anda akan melalui persembahan seni di Inner West sambil menikmati kebudayaan yang unik dan menarik. Anda boleh memulakan perjalanan anda di Inner West Open Studi Trail yang pertama, di mana terdapat sehingga 100 artis dan tempat-tempat tempatan akan membawa anda menyaksikan pameran adegan kesenian yang bertenaga di kawasan tersebut. Terdapat juga gerai-gerai di mana anda boleh membeli buah tangan sebagai kenangan untuk diabdikan ketika kepulangan anda ke tanah air.

  1. Egyptian Mummies

Menguntai rahsia 3000 tahun sejarah di Egyptian Mummies di mana anda boleh menjelajah dan meneroki kehidupan kuno di Muzium Powerhouse Sydney dengan kerjasama British Museum di mana pelawat akan melihat enam mumi dengan imbasan 3D yang menceritkan pemahaman yang akan membawa dan menarik anda merasai sendiri kehidupan orang-orang Mesir pada masa lalu.