Festival Kebudayaan di Sabah

Masa yang paling sesuai untuk melawat dan merasai sendiri keunikkan kebudayaan di Sabah adalah melalui perayaan-perayaan di Sabah. Tiada apa yang lebih menarik selain melawat tempat baru semasa waktu perayaan dan dapat turut serta untuk menikmati sendiri pengalaman berada dalam perayaan tersebut bersama-sama orang tempatan di sana. Ini adalah cara yang sempurna untuk anda menikmati dan merasai sendiri budaya yang menarik dan unik daripada di Semenanjung Malaysia.

Sabah merupakan destinasi pelancongan dalam negeri yang terbaik dan sesuai bagi anda yang ingin mencuba dan menikmati sendiri pengalaman unik dan mempelajari kebudayaan masyarakat borneo ini.

  1. Hari Kaamatan

Sekiranya anda ingin melawat Sabah pada bulan Mei, anda patut turut serta dan merasai sendiri pengalaman Pesta Kaamatan ini yang diadakan pada minggu pertaman bulan tersebut. Masyarakat tempatan Sabah mempercayai bahawa beras ialah hadiah dan kurniaan daripada Tuhan yang mengorbankan anak perempuannya untuk tujuan tersebut. Oleh itu, pada setiap tahun, masyarakat tempatan Sabah akan mengadakan Magavau ritual bagi menjemput roh Bambaazon untuk menghadiri pesta tersebut. Pesta Kaamatan ialah pesta menuai yang pastikan akan memikat hati anda untuk merasai sendiri keunikkan pesta ini dan anda juga mungkin berpeluang untuk menyaksikan sendiri tarian tradisi Sumazau.

  1. Pesta Kelapa

Pesta ini mungkin tidak terkenal tetapi pesta ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri di mana masyarakat Sabah menghargai pohon kelapa kerana pohon kelapa ini dipercayai dapat berbakti di mana setiap daripada pohon kelapa ini  mempunyai kegunaannya tersendiri. Oleh itu, nikmatilah pesta yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh ikut serta.

  1. Pesta Sago dan Jagung

Anda mungkin mengetahui bahawa tanaman merupakan perniagaan yang terbesar dan merupakan salah satu sumber ekonomi bagi masyarakat tempatan di Sabah. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak pesta yang berkaitan dengan makanan yang merupakan salah satu cara bagi masyarakat Sabah untuk meraikan dan menunjukkan rasa kesyukuran bagi kurniaan ini. Oleh itu, Pesta Sago atau dikenali sebagai Pesta Rumbia dan Pesta Jagung merupakan salah satu perayaan atau pesta yang terbesar di dalam komuniti masyarakat Sabah ini. Terdapat banyak aktiviti menarik yang diadakan sepanjang pesta ini, namun begitu pesta ini hanya boleh didapati di kawasan perkampungan yang mempunyai tanaman-tanaman seperti ini, oleh itu anda mungkin tidak dapat melihatnya di kawasan bandar-bandar besar.

  1. Regatta Lepa Semporna, Perlumbaan Perahu Naga Sabah atau Cabaran Kiulu 4M.

Regatta Lepa Semporna, Perlumbaan Perahu Naga Sabah atau Cabaran Kiulu 4M merupakan antara pesta yang patut anda sertai dan jangan terlepas. Pesta ini terhasil daripada tradisi pembuat bot ‘lepa’ yang terletak di pantai timur negeri ini. Terdapat perlumbaan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perahu yang indah dan unik ini. Selain itu, Perlumbaan Perahu Naga Sabah merupakan acaran tahunan yang melibatkan ramai pemain antarabangsa dan juga tempatan. Oleh itu, anda dapat merasai semangat kesukanan antara masyarakat tempatan bagi melawan pemain dari antarabangsa. Bagi yang sukakan cabaran, anda boleh menyaksikan Cabaran Kiulu 4M yang pasti perlumbaan ini mendebarkan dan menarik untuk disaksikan.

  1. Lain-lain

Sabah juga terdiri daripada pelbagai kaum sepertimana di Semenanjung Malaysia, oleh itu terdapat perayaan Hari Raya AidilFitri dan Aidil Adha bagi masyarakat muslim, Perayaan Tahun Baru Cina bagi masyarakat tempatan cina dan Perayaan Deepavali pagi penganut agama Hindu. Oleh itu, melancong ke Sabah merupakan perkara yang menarik yang menanti anda dengan pelbagai keunikkan kebudayaan di samping pelbagai makanan dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.