5 Sebab Mengapa Backpacking di Balkan Adalah yang Paling Hebat !

Balkan biasanya bukan destinasi pertama yang dipilih oleh pengembara untuk melancong.Terdapat ramai yang datang ke Eropah buat pertama kalinya terutamanya Paris, Rom dan London tetapi Sarajevo, Tirana dan Skopje amat jarang sekali. Bahkan, orang-orangg Britania yang tinggal berdekatan dengan daratan Eropah cenderung menumpukan perhatian kepada Eropah Barat dan Tengah, dan tidak tahu mengenai keindahan Balkan.

Apa itu Balkan?

Mungkin ramai daripada anda yang tidak pernah mendengar tentang negara Balkan ini. Semenanjung Balkan, adalah kawasan geografi di Eropah Tenggara. Mereka diberi nama dari Pergunungan Balkan yang membentang sepanjang Bulgaria ke pantai Laut Hitam.

Walaupun terdapat banyak konflik di Balkan terutamanya pada sekitar tahun 1990 yang mempunyai konflik di Yugoslavia, namun Balkan kini selamat untuk dikunjungi dan industri pelancongan semakin berkembang dengan pesat di negara ini. Antara negeri-negeri di Balkan adalah Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Montenegro, Macedonia Utara, Romania, Serbia dan Slovenia.

  1. Keindahan alam semulajadi

Antara salah satu sebab Balkan mesti dijadikan tumpuan untuk backpackers, semestinya keindahan semulajadi negara ini sendiri. Keindahan negara ini pasti akan memukau dan memikat hati anda saat anda pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Balkan ini. Dari air terjun Bosnia dan Herzegovina yang menakjubkan, ke pantai pasir putih di Albinia Riviera, pergunungan Montenegro yang mengasyikkan dan tasik yang indah di Croatia dan Macedonia Utara pasti akan menjanjikan keajaiban ciptaan yang Maha Esa untuk anda. Perjalanan pengembaraan di Balkan sangat mengujakan dan sama ada anda lebih suka mendaki, berbasikal atau belayar, anda pasti akan menemui sesuatu yang akan memenuhi aktiviti anda sepanjang berada di Balkan.

  1. Keselamatan

Walaupun anda mengembara secara bersendirian terutamanya bagi golongan wanita, keselamatan anda pasti terjamin di Balkan. Rakyat Balkan merupakan orang yang ramah dan pasti akan membuatkan anda seperti berada di negara sendiri.

  1. Kaya dengan Sejarah dan Budaya

Satu perkara yang memisahkan dan juga menyatukan rakyat Balkan adalah sejarahnya. Terdapat pelbagai budaya unik yang anda boleh terokai di tanah Balkan ini. Di Balkan, anda boleh menjumpai gereja katolik dan orthodox dan juga masjid di suatu tempat atau kawasan yang sama. Terdapat pengaruh Ottoman (Turki) yang kuat bergantung kepada negeri-negeri tertentu di tanah Balkan ini.

Anda juga boleh menjumpai pelbagai arca dan artifak daripada pelbagai jenis empayar dan juga rakyat yang telah mempengaruhi negera-negara seperti Thacian, Roman, Greek, Slavic, Persia, Ottoman dan banyak lagi. Dalam erti kata lain, sekiranya ada seorang pencinta sejarah dan budaya, Balkan merupakan negara yang tepat untuk anda terokai.

  1. Makanan yang lazat

Salah satu perkara yang telah menambat hati dan telah membuatkan para pelancong jatuh cinta dengan negara Balkan adalah kelazatan makanan di negara ini. Balkan mempunyai iklim yang sesuai untuk menghasilkan pelbagai jenis buah, sayur, rempah dan herba. Iklim ini berbeza mengikut kawasan di negara Balkan ini. Oleh itu, menjadi kewajiban pelancong untuk mencuba dan menikmati sendiri kelazatan makanan di Balkan ini.

  1. Kemampuan

Satu lagi perkara yang menarik di Balkan adalah terdapat banyak negeri untuk dilawati yang lebih murah dan menarik berbanding di Eropah. Sesetengah negeri yang terletak di Balkan adalah yang termurah di dunia. Antara tempat pelancong yang murah di Balkan termasuklah Albania, Montenegro, Macedonia dan Bulgaria.

Oleh itu, Balkan merupakan negara yang tepat sekiranya anda ingin mencuba menerokai sesuatu yang baru dalam pengembaraan anda.