Mengapa Telefon Bimbit Perlu Dimatikan Ketika Pesawat Berlepas Dan Mendarat ?

Bagi anda yang pernah bercuti dan menaiki pesawat ke destinasi yang ingin dituju, pasti anda mengetahui bahawa akan terdapat satu pengumuman sebelum penerbangan yang meminta penumpang untuk mematikan telefon bimbit anda atau meletakkannya ke Mode Pesawat. Pernahkan anda terfikir mengapa?

Hal ini kerana, semasa anda membuat atau menerima panggilan, telefon anda akan mencari menara sel terdekat untuk disambungkan. Ini bermakna, panggilan anda boleh mengganggu menara seluler di darat dan secara tidak lansung akan mengganggu sistem pesawat. Pencemaran radio ini akan menjadi masalah besar sekiranya 100 penumpang di dalam pesawat sibuk mencari sambungan telefon.

Apa Akan berlaku sekiranya anda tidak mematikan telefon anda sejauh 30,000 kaki?

Sehingga kini tidak ada kejadian yang direkodkan mengenai kemalangan atau insiden yang berkaitan dengan isyarat telefon walaupun juruterbang yang menyaksikan alat pengukur yang mencurigakan pada isyarat telefon. Namun begitu langkah ini juga amat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Potensi gangguan telefon bimbit tidak hanya ada ketika digunakan, tetapi juga ketika sedang dalam keadaan tidak aktif. Itulah sebabnya pramugari meminta agar Mod Pesawat diaktifkan segera walaupun penumpang tidak menggunakan telefon mereka.

Walau bagaimanapun, menghidupkan Mod Pesawat akan mematikan isyarat selular pada telefon pintar dan tablet yang menggunakan data mudah alih tetapi kemudahan lain seperti mendengar muzik, membaca, bermain permainan tersedia masih boleh digunakan. Selain itu, Wi-Fi juga masih boleh berfungsi sekiranya telefon bimbit anda dalam Mod Pesawat. Panggilan yang dibuat menggunakan kemudahan Wi-Fi sudah tentu dapat berfungsi, hal ini kerana kemampuan untuk membuat panggilan telefon pada ketinggian 3,500 kaki telah sedia ada sejak 2008. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda mengikut sahaja arahan dari pihak penerbangan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku dan bagi menjamin penerbangan anda ke destinasi yang dituju selamat tanpa sebarang masalah dan kemalangan yang tidak diinginkan.