10 Tempat melancong menarik di Malaysia.

Kebanyakkan pelancong datang ke sesebuah tempat untuk memburu makanan yang lazat di serata tempat, ada yang ingin larikan diri dari kesibukkan di bandar untuk mencari ketenangan, ada juga yang ingin membuat aktiviti lasak dan menyeronokkan. Jadi kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati mengikut keistimewaan tempat itu sendiri. Berikut adalah 10 tempat melancong menarik  di Malaysia:

 10. Agrotek Garden Resort, Hulu Langat

(Aktiviti kekeluargaan & Alam semula jadi)

Sumber dari Facebook Agrotek

Agrotek Garden Resort yang terletak di Hulu Langat, Selangor ini merupakan satu tempat percutian yang unik di mana di serata kawasan resort ini dipenuhi dengan pelbagai flora dan fauna. Tempat ini juga menyediakan pelbagai pakej yang berpatutan dan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan. Tempat yang sangat sesuai untuk seisi keluarga untuk menjalani ‘Hari Keluarga’ dan rakan-rakan anda untuk percutian yang penuh dengan keseronokkan!

 

9. Teluk cempedak, Kuantan

(Aktiviti lasak/kekeluargaan & Alam semula jadi)

Sumber dari Trip Advisor

Pantai Teluk Cempedak yang terletak di Kuantan, Pahang ini merupakan pantai yang sangat cantik dan berangin, menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berkelah dan melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai seperti bermain layang-layang, banana boat, jet ski, berjalan di persisiran pantai dan melihat suasana yang meriah pada malam hari. Tempat ini sangat strategik kerana kawasan kedai makan hanya beberapa meter jauh dari pantai yang membolehkan para pelancong untuk makan di sana tanpa risau untuk mencari tempat makan.

 

8. Gopeng Glamping Park

(aktiviti lasak & alam semula jadi)

sumber dari  kemlatihan
sumber dari makanlena
sumber dari jelajahmaya

Gopeng Glamping Park, Perak,  merupakan tempat yang mesra alam dan juga penuh dengan aktiviti-aktiviti lasak yang memerlukan kerjasama sebuah pasukan. Tempat yang sangat sesuai bagi para remaja yang akan membuatkan adrenalin mereka teruja. Tempat ini juga menyediakan pakej  yang berbaloi dengan aktiviti yang menarik seperti aktiviti berakit, bola tampar, berbasikal, trampoline dan berkelah. Tempat ini juga menyediakan internet mudah alih percuma yang menyenangkan hati anak-anak muda untuk mempunyai akses internet di serata kawasan Gopeng Glamping Park.

 

7. Kundasang, Sabah

(Alam semula jadi)

sumber dari traveloka

Kundasang adalah tempat yang dikelilingi dengan alam semula jadi  terletak di kawasan berbukit di Sabah. Kundasang juga dikenali sebagai ‘Malaysia’s New Zealand’ yang membawa maksud bumi New Zealand di Malaysia. Di Kundasang anda boleh rasa seperti di luar negara dan menikmati  kedinginan dan keindahan alam. Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Kundasang adalah Desa Dairy Farm, Sabah Tea Garden, Kundasang War Memorial, Kundasang Fresh Market dan Tandem Ranau Paragliding.

 

6. Pulau Mabul, Sabah

(Aktiviti menyelam skuba & Alam semula jadi)

sumber dari tripadvisor

Pulau Mabul yang terletak di persisiran pantai di Sabah merupakan salah satu tempat yang sangat digemari oleh pelancong asing kerana tempat ini dipenuhi dengan hidupan eksotik yang membuatkan suasana di Pulau ini sangat tenang dan indah. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Mabul adalah menikmati permandangan pantai, aktiviti menyelam skuba, mencuba hidangan istimewa Pulau Mabul dan lain-lain. Tempat ini amatlah sesuai bagi pasangan kekasih untuk percutian honeymoon bersama yang tersayang.

 

5. Sungai Klah Hot Spring Park dan Resort, Perak

(Aktiviti kekeluargaan & Alam semula jadi)

 sumber dari booking.comsumber dari tripadvisorsumber dari jelajahmaya

Sungai Klah Hot Spring Park & Resort menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati oleh seisi keluarga ataupun bersama rakan anda. Tempat ini mempunyai keistimewaan dalam menyediakan pelbagai suhu kolam air panas semula jadi. Ia juga menyediakan kolam air panas peribadi jika anda inginkan privasi tanpa diganggu oleh sesiapa. Antara aktiviti yang paling digemari oleh pelancong adalah merebus telur di dalam kolam air panas dan berehat/rendam kaki di dalam kolam air panas. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain, ia juga dapat merehatkan sistem pengaliran darah anda sekaligus dapat menghilangkan tekanan anda.

 

4. Colmar tropicale

(Aktiviti kekeluargaan & Alam semula jadi)

sumber dari teamtravel
sumber dari tripadvisor

Tempat berbukit yang mempunyai suhu yang dingin merupakan tempat kegemaran penduduk setempat kerana cuaca di Malaysia yang sangat panas. Colmar Tropicale, Bukit Tinggi adalah tempat yang sesuai untuk menikmati udara yang dingin dan segar di atas bukit sambil bersiar-siar di tempat yang seakan-akan di luar negara. Antara tempat yang digemari ramai di colmar tropicale adalah French village, Japanese village dan Taman Arnab. Dengan harga yang murah, anda boleh lawati semua tempat yang disediakan di Colmar Tropicale.

 

3. Genting highland

(Taman Tema & Membeli belah)

sumber dari klook
sumber dari getyourguide
sumber dari tripadvisor

Genting Highland merupakan tempat yang digemari oleh penduduk di Malaysia untuk berhibur dan membeli-belah  barang-barangan berjenama. Bukan sahaja kerana suhu tempat yang rendah tetapi tempat ini juga sentiasa menarik perhatian para pelancong dengan lampu yang berwarna-warni di atas bukit. Taman tema outdoor di Genting Highland dijangka akan dibuka tidak lama lagi. Anda juga boleh menaiki kereta kabel yang akan membawa anda ke tempat yang baru sahaja dibuka iaitu Sky Avenue yang telah menjadi tumpuan ramai dengan perkembangan teknologi yang digunakan di Sky Avenue.

2. Penang

(Aktiviti bersiar-siar, Tempat bersejarah & Food hunting)

sumber dari tripadvisor
sumber dari theculturetrip
25 Street Food In Penang You Can't Afford To Miss 2020 - Penang Foodiesumber dari penangfoodie

Penang atau Pulau Pinang salah satu tempat yang bersejarah penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  melawat tempat bersejarah, menikmati permandangan yang menakjubkan dari atas bukit di Bukit Bendera dan rasai kelazatan kepelbagaian makanan yang ada di Penang. Penang mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk bergembira dan yang paling digemari oleh para pelancong adalah kelazatan dan kepelbagaian makanan yang ada. Anda juga boleh bergambar di setiap selekoh di Penang yang cantik dan sangat unik dipenuhi dengan pelbagai lukisan dinding yang menggugat hati.

1.  Melaka

(Aktiviti bersiar-siar, Tempat bersejarah & Food hunting)

sumber dari tripadvisor
sumber dari makanlena
sumber dari vkeong
sumber dari bikesrepublic
sumber dari flickr
sumber dari sotongkicap

Melaka merupakan tempat yang sering dilawati oleh pelancong di serata dunia. Tempat yang sangat menarik untuk dilawati dan mempunyai pelbagai tempat untuk diteroka di setiap selekoh. Dari sejarah ke tempat yang penuh berwarna-warni dengan sekelip mata. Antara tempat yang digemari oleh para pelancong adalah Jonker Walk dan Pantai Klebang yang mempunyai pelbagai jenis barangan dan makanan serta tempat untuk berehat dan menikmati permadangan di sekeliling kawasan itu. Melaka adalah tempat yang sesuai tidak kira umur atau jantina.