10 Tempat melancong murah di Malaysia

Nak pergi bercuti, tapi mahal? jangan risau kini anda boleh bercuti dengan kadar harga yang rendah di serata Malaysia. Bercuti tidak semestinya perlu pergi ke tempat yang menggunakan duit, yang penting adalah kenangan yang boleh anda perolehi bersama keluarga dan rakan anda. Oleh itu, kami sediakan senarai 10 tempat melancong murah di Malaysia untuk anda semua.

 

1. Ipoh, Perak

Ipoh merupakan bandar yang mempunyai pelbagai keseronokkan dalam satu kawasan yang dipenuhi dengan segala aspek perlancongan seperti budaya, sejarah, makanan tradisional, seni bina yang pelbagai  dan tempat-tempat menarik untuk diteroka seperti Gua tempurung, Gunung Lang, Kellie’s Castle dan Ipoh Oldtown. Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis masakan dan kuih di ipoh yang bukan sahaja murah tetapi sangat enak!. Melancong di Ipoh pasti akan membuatkan anda berasa berat untuk pulang ke destinasi anda.

 

2. Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia yang bukan sahaja dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, tetapi ia juga dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Dengan adanya pengangkutan awam, ia dapat memudahkan para pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat hanya dengan sekeping kad sahaja iaitu kad ‘touch & go’. Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah KLCC, Bukit Bintang, China town, Pasar Seni dan Batu Caves. Anda juga boleh menaiki bas ‘Hop-on Hop-off’ yang akan membawa anda bersiar-siar di seluruh bandar Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan. Yang paling menarik, pass bas Hop-on Hop-off boleh digunakan sepanjang hari jadi jika anda inginkan percutian yang murah dan ala-ala pelancong asing bolehlah cuba bas ‘Hop-on Hop-off’.

 

3. Cameron Highland, Pahang

Tanah tinggi Cameron yang terletak di Pahang merupakan salah satu tempat yang digemari oleh para pelancong di Malaysia. Bukan sahaja kerana kecantikkan dan kedinginan udara di atas bukit, malah keceriaan di kawasan terpencil itu tidak dapat dibandingkan di mana-mana tempat yang lain. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran  yang memenuhi bukit di Cameron Highland. Anda juga akan berasa seperti berada di luar negara, kerana tumbuh-tumbuhan yang ada di Cameron Highland tidak dapat tumbuh dengan baik di kawasan bersuhu tinggi seperti di kawasan tanah rata di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi, lawati Cameron Highland yang dan rasai pelbagai keseronokkan di sana!.

 

4. Taiping, Perak

Taiping merupakan destinasi pelancongan yang penuh dengan nostalgia dan mempunyai banyak tempat untuk bersiar-siar. Ia juga merupakan tempat yang penuh dengan budaya, sejarah dan kecantikkan flora dan fauna. Antara tempat yang boleh anda lawati adalah Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Burmese Pool, Taman Botani dan Muzium Perak. Anda akan mendapat ketenangan seperti di kampung yang penuh dengan kehijauan, bukan itu sahaja Taiping juga dipenuhi dengan pokok saman yang besar dan menutupi sepanjang kawasan pejalan kaki di Taman Tasik Taiping. Jadi lawati Taiping, Perak dan alami ketenangan dan kelembapan di kawasan berbukit, hanya di Taiping.

 

5. Bandar Hilir dan Pantai Klebang, Melaka

Melaka bandar yang bersejarah, penuh dengan tempat untuk dilawati seperti Bandar Hilir, Pantai Klebang dan pelbagai jenis muzium yang menarik di sekitar bandar Hilir. Melaka juga merupakan tempat melancong No. 1 bagi para pelancong asing yang cintakan sejarah dan kemeriahan di malam hari di Bandar Melaka. Anda juga boleh lawati pasar malam di Jonker Walk setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dan menghargai koleksi-koleksi antik di sekitar kawasan Jonker Walk. Selain itu, Masjid Selat Melaka juga menjadi salah satu tumpuan para pelancong di Melaka kerana kecantikkan masjid yang sebati dengan permandangan laut di Melaka tidak kira waktu, permandangannya kekal menakjubkan.

 

6. Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Pantai Cahaya Bulan di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Pantai ini sangat berangin yang membolehkan pelancong-pelancong di sana untuk bermain layang-layang. Pantai ini juga dipenuhi dengan deretan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan khususnya makanan laut seperti Ikan bakar. Namun, Pantai Cahaya Bulan bukankah pantai yang sesuai bagi para pelancong untuk bermandi-manda kerana ombaknya yang kuat mampu menghanyut sesiapa sahaja mandi di sana. Akan tetapi tempat ini masih menjadi tumpuan ramai untuk bersiar-siar dan meluangkan masa bersama yang tersayang.

 

7. Cherating, Pahang

Para pelancong akan terpesona dengan ribuan kelip-kelip dalam lawatan ini, tempat yang sangat majestik dan penuh dengan perkara untuk diteroka. Cherating mempunyai pelbagai aktiviti luar yang boleh dinikmati oleh para pelancong seperti meluncur ombak, bermandi-manda di pantai dan melihat kelip-kelip di waktu malam. Bukan itu sahaja, Cherating juga mempunyai tempat perlindungan atau Santuari penyu di mana anda boleh melihat telur-telur punye menetas dan dilepaskan ke pantai tersebut. Cherating juga mempunyai beberapa pantai untuk dilawati seperti pantai Chendor, Pantai Marina Telaga Simpul, Pantai Teluk Mak Nik dan Pantai Cherating.

 

8. Pantai Sasaran, Kuala Selangor

Pantai Sasaran di Kuala Selangor mempunyai permandangan laut yang sangat unik dan menakjubkan di mana anda boleh melihat pantulan dari air di pantai tersebut, ini yang membuatkan pantai sasaran istemewa dan menjadi tempat kesukaan para pelancong untuk bergambar. Bukan sahaja untuk bergambar, anda dan keluarga anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di pantai sasaran ini dengan merujuk kepada aktikel kami; ‘10 aktiviti menarik boleh dilakukan di pantai‘.

 

9. Semenyih, Selangor

Semenyih kawasan pedalaman di Selangor yang mempunyai permandangan yang sangat menakjubkan, lebih-lebih lagi sewaktu terbitnya matahari. Melawat tempat seperti Semenyih bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam, malahan, anda juga boleh kekal aktif dan membakar kalorie mendaki bukit dan trekking hutan di bukit Broga. Anda juga boleh melakukan aktiviti lasak di Hutan Rekreasi Sungai Tekala yang mengecaj harga yang sangat murah untuk pas kemasukan. Di sana anda juga boleh aktiviti seperti berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

 

10. Port dickson, Negeri sembilan

Di Port Dickson, Negeri Sembilan anda boleh berkelah di pantai sambil menikmati hidangan yang di jual di gerai-gerai berhampiran dengan pantai. Anda juga boleh menikmati hidangan laut di Port Dickson yang mempunyai pelbagai jenis pilihan untuk dipilih. Port Dickson juga mempunyai beberapa Pantai yang menarik untuk dilawati seperti Teluk Kemang, Blue Langoon Beach, Tanjung Tuan, Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri. Anda boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan anda; ‘10 aktiviti menarik boleh dilakukan di pantai‘.