SYARAT-SYARAT & TERMA-TERMA TAMBAHAN

KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN BHD

Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej percutian Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. Syarat-syarat dan terma-terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Ianya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan di mana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sebaik sahaja anda membayar deposit dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej percutian Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini.

 

1. KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd adalah maklumat yang akan digunapakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang anda langgani. Anda dikehendaki menyemak semula butiran/ maklumat peribadi sendiri sebelum membuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda beri.

Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran deposit. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak tempahan anda sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengenakan bayaran tambahan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.

 

2.PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL

Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan. Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej anda sekiranya anda gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.

 

3. PEMBAYARAN PAKEJ

Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd hanya menerima pembayaran secara tunai, draf bank atau cek persendirian. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian anda. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang anda tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian anda. Bagi pembayaran pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian dan sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucut hak mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, tetapi sekiranya anda memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak kami, kami akan mempertimbangkan permohonan.

 

4. CAJ TAMBAHAN

4.1)      Tipping adalah bayaran untuk Guide dan Driver.

4.2)   Insuran perjalanan tidak termasuk dalam pakej lawatan. Peserta digalakkan mengambil insuran perjalanan dengan mana-mana ejen insuran. Pihak kami juga boleh menguruskan insuran. (Harga mengikut jenis pakej dan destinasi yang diambil).

4.3)     Tiket bayaran masuk tempat lawatan tidak termasuk di dalam pakej, kecuali yang telah dinyatakan. (Bayaran masuk adalah pilihan peserta).

4.4)      Bayaran tambahan akan dikenakan pada trip ‘peak season’. (Bergantung pada keadaan semasa).

 

5. PENGANGKUTAN

5.1)      Pergerakan peserta dari satu destinasi ke satu destinasi adalah dengan menaiki bas, mini bas, van dan lain-lain bergantung pada pakej Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.

5.2)      Jenis Airlines bergantung pada keadaan semasa yang bersesuaian dengan harga pakej. Sebarang perubahan pihak kami akan maklumkan kemudian. (Mahan Air, Oman Air, Air Asia, Saudi Air, Qatar Airways, Turkish Airlines, Emirates airlines, Thai Airways, KLM Airlines, Malaysia Airlines dll).

5.3)      Berat bagasi yang telah disediakan ialah di antara 20-30 Kg mengikut jenis penerbangan yang telah ditetapkan. Berat bagasi hand-carry ialah hanya 7 Kg. Jika berat bagasi peserta melebihi seperti yang ditetapkan syarikat mengikut pakej, peserta perlu membayar lebihan berat bagasi kepada pihak penerbangan. Pihak syarikat pelancongan tidak akan bertanggungjawab atas lebihan bagasi peserta.

5.4)      Pakej anda adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA 2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan anda telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan

5.5)      Sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi termasuk tetapi tidak terhad kepada mengganti rugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut

5.6)      Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi, yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah mekanikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/ kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan

 

6. TUNTUTAN

6.1)      Urusan claim vat / tax untuk perbelanjaan sendiri di mana-mana pakej Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd adalah urusan sendiri. Segala urusan dan kerugian, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.

6.2)      Sebarang tuntutan kerosakan / kehilangan / kecurian barangan peribadi perlu disertakan dengan laporan dari pihak polis atau airport.

6.3)      Pengambilan insuran amat digalakkan samada mengambil dengan wakil insuran kami atau dengan pihak agen insuran lain. Manakala jika berlaku tuntutan insuran sila berhubung terus dengan pihak agen insuran yang diambil.

 

7. PEMBATALAN & PERTUKARAN PAKEJ

7.1)      Sebarang pembatalan atau petukaran pakej / tarikh hendaklah secara bertulis / email / whatsapp sahaja kepada Staff  kami mengikut pakej masing-masing bagi mengelakkan salah faham. Sila sertakan juga surat kematian, surat doktor atau dokumen sokongan. (Jika Berkaitan)

7.2)      Jika syarikat menerima notis untuk pembatalan tempahan / penukaran pakej 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 2% daripada pakej pelancongan (mengikut yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

7.3)      Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

Pembatalan diterima Caj pembatalan bagi setiap seorang
22-44 hari bekerja sebelum trip Perlucutan deposit pelancongan
15-21 hari bekerja sebelum trip 35% daripada harga pakej
8-14 hari bekerja sebelum trip 50% daripada harga pakej
3-7 hari bekerja sebelum trip 75% daripada harga pakej
2 hari bekerja sebelum trip 100% daripada harga pakej

 

7.4)      Jika tiket penerbangan telah dibeli, atau tempahan hotel dan lain-lain telah dibuat, kos nilai harga perlu ditanggung oleh peserta 100%.

7.5)      Jika pihak kami sendiri yang membuat pembatalan trip atas sebab-sebab tertentu (keselamatan / darurat setelah disahkan oleh kedutaan negara yang dilawati) atau syarikat penerbangan menangguh waktu perjalanan, kami akan berikan 2 pilihan (setelah berbincang dengan syarikat  penerbangan) iaitu sama ada tarikh lawatan ditunda atau menukar tempat lawatan **dengan menggunakan penerbangan yang sama**. Jika peserta tidak mahu mengikut pilihan yang kami berikan, bayaran  tidak dapat dipulangkan.

 

8. KESIHATAN

8.1)      Peserta perlu memaklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu sekiranya mempunyai masalah kesihatan.

8.2)      Peserta yang mempunyai masalah kesihatan seperti jantung / asma / kronik / mengandung dll diminta untuk mendapatkan surat pengesahan dari doktor untuk mengesahkan bahawa peserta dibenarkan untuk menaiki kapal terbang dan membawa ubat-ubatan yang sesuai dan mencukupi.

8.3)      Peserta OKU atau yang menggunakan kerusi roda / tongkat mohon maklumkan seawalnya kepada pihak kami. Harus mempunyai pengiring atau waris bersama sepanjang trip agar memudahkan urusan di sana nanti tanpa.

 

9. JADUAL PERJALANAN

9.1)      Jadual perjalanan yang dilampirkan adalah “general/standard” jadual sahaja. Jika terdapat sebarang perubahan dari segi masa dan sebagainya, pihak kami akan maklumkan kemudian.

9.2)      Pihak kami berhak untuk menjadualkan semula atau tukar tempat lawatan atau langkau tempat lawatan bergantung kepada keadaan semasa, samada dari segi cuaca, kesesakan lalu lintas, perkara- perkara yang berlaku di luar jangkaan dan sebarang perayaan semasa lawatan. Kelewatan para  peserta juga boleh mengakibatkan perubahan jadual perjalanan. Perserta harus menepati segala peraturan yang telah ditetapkan di tempat lawatan.

 

10. PERSIAPAN AKHIR

10.1)    Setiap peserta yang akan mengikuti trip kami perlu memastikan tidak mempunyai sebarang blacklist / sekatan dari segi income tax, loan dll, untuk memastikan semua peserta tidak ketinggalan penerbangan.

10.2)    Sila pastikan tempoh sah laku (validity / expired date) lebih dari 6 bulan dari tarikh perjalanan peserta.

10.3)    Bagi pemegang selain dari passport Malaysia, anda perlu rujuk di Jabatan Imigresen atau kedutaan

di negara masing-masing untuk memastikan visa diperlukan ataupun tidak.

10.4)    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah semasa di Airport pada kemudian hari akibat daripada perkara diatas.

 

11. PENGINAPAN

11.1)    Minima tempahan adalah 2 orang dewasa (1 bilik). Jika ada yang membuat tempahan seorang (single) dan dalam tempoh 45 hari sebelum trip masih tiada partner / pasangan bilik, pihak kami berhak untuk mengenakan caj tambahan RM 1500 seorang bagi bilik single. Sekiranya peserta enggan untuk membayar caj tambahan, pihak kami berhak untuk membatalkan tempahan peserta tersebut tanpa permulangan bayaran.

11.2)    Bilik hotel yang disediakan hanya bilik Twin dan Double bed sahaja. Extra bed bagi peserta ketiga sekiranya peserta membuat tempahan bilik Triple.

 

12. WABAK

12.1)    Setiap perjalanan pakej yang telah diatur Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd akan tetap diteruskan jika tiada sekatan daripada negara berkenaan disebabkan wabak/penyakit atau sebagainya untuk melancong ke negara mereka namun pihak syarikat Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd berhak meneruskan perjalanan dengan menukar jadual lawatan program serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kebersihan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan para peserta.

12.2)    Segala kos yang telah dibuat oleh syarikat Kembara Sufi Travel & Tours kepada pihak penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan dan syarikat pelancongan tempatan tidak akan dipulangkan kepada peserta jika peserta sendiri membuat pembatalan pakej atas sebab wabak/penyakit selagi negara berkenaan tidak menyekat pintu masuk ke negara mereka. Pihak syarikat akan mengikut segala arahan terms & condition pihak penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan dan syarikat pelancongan tempatan dan akan memaklumkan kepada peserta.

 

13. KESIHATAN DAN PERLINDUNGAN INSURANS

13.1)       Peserta hendaklah memastikan mengambil insurans perjalanan sebelum mengambil Pakej Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd. Peserta boleh mengambil insurans dengan pihak Kembara Sufi atau mana-mana syarikat travel insurans di luar sana.

13.2)     Bagi peserta yang mengambil travel insurans dengan pihak Kembara Sufi, pihak Kembara Sufi bertanggungjawab untuk memberikan salinan terma travel insurans yang diambil  dan travel insurans anda perlu merangkumi kehilangan bagasi, penyakit berjangkit, serangan pengganas dan lain-lain.

13.3)     Pihak Kembara Sufi mempunyai hak untuk membatalkan tempahan pesera tanpa sebarang pemulangan wang jika terdapat peserta tidak berpuas hati dengan travel insurans yang pihak Kembara Sufi sediakan bergantung kepada klausa travel insurans yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun jika anda melancong bersama Kembara Sufi tanpa mempunyai sebarang travel insurans, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan atau kepayahan yang berlaku kelak.

13.4)           Peserta hendaklah memastikan keadaan tubuh badan adalah sihat untuk menikmati dan melancong bersama Kembara Sufi. Ianya adalah WAJIB bagi para peserta yang mempunyai masalah kesihatan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak syarikat Kembara Sufi semasa membuat tempahan pakej. Ianya adalah penting bagi peserta mendapatkan konsultasi doktor seperti vaksinasi atau sebarang perubatan yang bersesuaian sebelum menyertai pakej Kembara Sufi.

 

Ditulis pada 1 Mac 2020

 

-Ustaz Muhammad AL-Fadzil Bin Hidzir-

Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel & Tours