fbpx

Turkey Tour

Istanbul, Turkey (0)
from/per person RM3,999
  • Groups allowed
  • Tour guides

Blue Mosque, Istanbul, Turkey

Hippodrome of Constantinople, Istanbul, Turkey

Topkapi Palace, Istanbul, Turkey

Troy Wooden Horse, Canakkale, Turkey

Isa Bey Mosque, Kusadasi, Turkey

Temple Of Artemis, Kusadasi, Turkey

Ephesus Ancient City, Turkey

Cotton Castle, Pamukkale, Turkey

Ancient Caravanserai, Cappadocia, Turkey

Underground City of Kaymakli, Cappadocoa, Turkey

Ataturk Mausoleum and Museum, Ankara, Turkey

Rumeli Castle and Anatolia Castle, Istanbul, Turkey


Description

Antara kawasan yang akan dilawati :

  • BURSA
  • KUSADASI
  • PAMUKKALE
  • CAPPADOCIA
  • BOLU
  • ISTANBUL

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket Penerbangan (Transit – Bergantung pada Jenis Penerbangan)
  • Penginapan
  • Pengangkutan Sepanjang Perjalanan
  • Makanan seperti dalam Jadual perjalanan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Tipping RM200 seorang (Wajib)
  • Travel Insurans
  • Perbelanjaan Sendiri
  • Tiket Lawatan Hot Air Balloon, Safari Night, Sufi Dance
  • Selain yang tidak dimaklumkan dalam jadual lawatan

Schedule

HARI 1 : KLIA (Transit bergantung kepada jenis penerbangan)

Berkumpul di KLIA untuk penerangan dari staf terlibat kemudian akan bertolak ke Istanbul.

HARI 2 : ISTANBUL - BURSA (SP/MT/MM)

Semasa ketibaan, diteruskan lawatan di sekitar bandar Istanbul. Melawat ke Blue Mosque, atau juga dikenali sebagai masjid Sultan Ahmet, yang menawarkan ciri unik 6 menara. Melihat hiasan bahagian dalam yang indah dan jubin biru yang tersendiri. Kemudian melihat satu-satunya tinggalan Hippodrome Constantinople, yang terdiri dari 3 tiang monumental dan air pancut. Ini adalah dimana perlumbaan kereta kuda berlaku pada masa lalu. Setelah itu, melawat ke St. Sophia Church (Hagia Sophia), iaitu merupakan bekas gereja ortodoks eastern yang telah ditukarkan kepada masjid dan merupakan tempat wajib ziarah jika datang ke Istanbul kerana mempunyai nilai kepentingan agama dan arkitek yang tinggi. Kemudian akan ke Bursa dan bermalam di Bursa.

HARI 3 : BURSA - KUSADASI (SP/MT/MM)

Bergerak ke Green Mosque dan Panorama Museum dan meneruskan perjalanan ke Kusadasi. Bermalam di Kusadasi.

HARI 4 : KUSADASI - PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Bertolak ke Selcuk Village dan meneroka Bandar Purba Ephesus, salah satu tapak arkeologi paling terkemuka di dunia. Anda akan melihat struktur hebat seperti Perpustakaan of Celcius, Kuil Handrian, Marble Street dan Agora. Terus ke Pamukkale dan melawat runtuhan Ancient City of Hierapolis dan meneroka Cotton Castle, dan kolam yang tercipta hasil daripada perairan air panas berkapur yang mengalir ke bawah gunung. Bermalam di Pamukkale.

HARI 5 : PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Bersiar-siar di bandar Pamukkale dan singgah di Konya. Photo stop di 700 tahun Caravanserai purba lama (Hotel untuk peniaga dan pelancong di Jalan Sutera pada masa silam). Terus bergerak ke Cappadocia dan akan bermalam di sini

HARI 6 : CAPPADOCIAA (SP/MT/MM)

Menaiki Hot Air Balloon (Pilihan) sambil melihat landskap yang menarik semasa matahari terbit. Kemudian, akan menziarahi Goreme Valley dan Open Air Museum. Melawat Cardak Underground city, Uchisar Citadel, Pasa- bag Valley dan Dervish Show. Boleh membeli belah permaidani dan barang kemas di kawasan sekitar. Bermalam di Cappadocia.

HARI 7 : CAPPADOCIA - BOLU (SP/MT/MM)

Memulakan perjalanan dengan melalui Jalan Salt Lake yang cantik dan tiba di Ankara - ibu negara Turki. Di Ankara melawat makam Ataturk dan muzium tempat persemadian Mustafa Kamal Ataturk yang dianggap sebagai bapa pemodenan Turki. Makam ini mempunyai campuran gaya seni bina yang berbeza dari pelbagai muzium tamadun Anatolia. Bermalam di Bolu

HARI 8 : BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM)

Memulakan perjalanan ke Istanbul dan terus ziarah bandar Istanul meliputi Bosphorus Cruise. Disini, anda akan dapat menikmati pemandangan Turki Asia dan sektor Eropah sepanjang pelayaran melalui terusan air yang sangat menggambarkan pemandangan hidup di Kota Istanbul. Menyaksikan seni bina yang mengagumkan daripada bangunan di sepanjang sungai dan aktiviti menarik daripada orang tempatan. Berkesempatan untuk mengambil gambar Caastle Rumeli dan Kastil Anatolia yang dibina oleh Conquerer of Istanbul dalam 1453 Masihi. Melawat Topkapi Palace. Seterusnya melawat Grand Bazaar di mana terdapat banyak kedai menjual barangan kulit, barang kemas, kraftangan, seramik, kopi turkish dan produk tempatan yang lain. Bermalam di Istanbul. Tulip Garden ( pada msuim bunga sahaja)

HARI 9 : ISTANBUL  (SP)

Lawatan bebas sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur

HARI 10 : MALAYSIA

Tiba di KLIA


Reviews

Leave a review
0 Reviews
  • Position
  • Tourist guide
  • Price
  • Quality